FROM THE DIRECTORS DESK |
» ABOUT US » FROM THE DIRECTORS DESK

FROM THE DIRECTORS DESK

assalamualaikum  w.b.t & Salam Negaraku Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke laman web Pusat Islam Universiti (PIU) ini. Laman web ini diwujudkan sebagai medium untuk orang ramai khususnya warga UPM Dan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan PIU. Pihak kami berbesar hati dan berharap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung dan kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan daripada anda.

PIU yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1987 berperanan melaksanankan penyampaian perkhidmatan keagamaan, kerohanian serta pengisian-pengisian agama kepada mahasiswa dan mahasiswi serta seluruh warga UPM serta masyarakat sekitar.

Saya juga bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. , kerana dengan izin Nya, Laman Web Pusat Islam (PIU) ini dapat dibina untuk tatapan dan dimanfaatkan oleh semua. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang turut menyumbangkan tenaga dan idea bagi membina Laman Web ini. Usaha gigih dan konsisten yang ditunjukkan oleh kakitangan yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pusat Islam dan Pusat Pembangunan Masyarakat dan Komuniti (IDEC) wajar diberikan penghargaan dalam menghasilkan laman web yang efektif ini. Laman web ini diharapkan dapat menjadi jambatan yang menghubungkan Pusat Islam Universiti (PIU) dengan warga kampus khususnya dan masyarakat luar umumnya, di samping menjadikan sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat dan medan dakwah serta mengembangkan ajaran agama yang suci ini ke segenap alam.

Akhir kata, besar harapan saya, pengunjung di laman web ini dapat memanfaatkan segala maklumat yang terkandung di sini dan sekiranya terdapat maklumat yang ingin dikongsikan kepada kami sangat dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih

TEKS UCAPAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1440H

TEKS UCAPAN TAHUN BARU 2018

Updated:: 02/10/2018 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

C1544471326