FUNGSI UTAMA PIU |
» ABOUT US » MAIN FUNCTION » FUNGSI UTAMA PIU

FUNGSI UTAMA PIU

FUNGSI UTAMA PIU UPM

  • Merancang dan melaksana aktiviti kecemerlangan sahsiah dan modal insan dengan mengambil kira perkembangan intelek, emosi, fizikal dan spiritual.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian dengan menjana pemerkasaan aqidah, ibadah dan akhlak bagi melahirkan generasi Khairul Ummah dan merealisasikan insan yang bercirikan Ahsan Al-Taqwim.
  • Menawarkan perkhidmatan kerohanian dan keagamaan yang menerobos halangan-halangan di samping memantapkan iman, takwa dan ehsan sesuai dengan perkembangan zaman dalam era globalisasi dan ICT.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti penghayatan Islam yang menjurus kepada pembentukan sebuah masyarakat dan peradaban yang unggul sesuai dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil.
  • Mengintegrasikan ilmu, kemahiran, iman dan amal secara bersepadu demi percambahan dan penyebaran ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah bagi melahirkan insan bermentaliti kelas pertama dan berpersonaliti unggul serta berakhlak mulia.
  • Memberikan kerjasama penuh kepada pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) dalam UPM, agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pelanggan dalam hal ehwal Islam dan seumpamanya demi masa depan Islam dan umat Islam.

Updated:: 24/05/2017 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468588
0389483742
C1511315523