BAHAYA SIKAP TAKBUR DAN SOMBONG |
» ARTICLE » BAHAYA SIKAP TAKBUR DAN SOMBONG

BAHAYA SIKAP TAKBUR DAN SOMBONG

Sifat takbur atau membesar diri adalah sifat yang hanya layak untuk Allah SWT dengan segala sifat kesempurnaan yang ada pada-Nya, sifat ini membesari diri ini adalah sesuai dan layak bagi zat Allah. Bahkan ia adalah sifat sempurna yang wajib ada pada-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al Hasyr, ayat 23 yang bermaksud : “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Raja yang Menguasai; yang Maha Suci; yang Maha Selamat sejahtera; yang Maha melimpahkan keamanan; yang Maha menaungi; yang Maha Kuasa; yang Maha Perkasa; yang Melengkapi segala Kebesaran. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan”. Sejarah mencatatkan bahawa kekufuran pertama yang berlaku di langit adalah akibat sifat takbur. Iblis yang telah beribadat kepada Allah SWT sekian lama, akhirnya dihukum kufur, dilaknat dan dihalau oleh Allah dari syurga-Nya lantaran sifat takbur. Walaupun kesalahan Iblis adalah hanya tidak sujud kepada Adam A.S., bukan tidak sujud kepada Allah.

Namun, punca kengganan itulah menyerlahkan sifat takbur dan membesar diri yang ada dalam hati Iblis. Iblis enggan sujud kepada Adam kerana sifat takbur dan membesar dirinya. Iblis membesar diri bukan kerana ibadahnya yang banyak. Bukan juga kerana jasa dan sumbangannya. Bukan juga kerana ilmu dan kedudukannya. Iblis takbur kerana asal-usul dirinya sahaja. Iblis tidak mendakwa dirinya sebagai tuhan. Iblis juga tidak ingkar untuk sujud kepada Allah. Tetapi dia enggan sujud kepada Adam kerana merasakan asal-usulnya lebih baik dari Adam. Dia merasakan asal api lebih baik dari asal tanah. Inilah sikap takbur dan kesombongan iblis laknatullah yang menjadikan kufur dan dicampakkan ke dalam api neraka”.  Janganlah juga seorang berbangsa Cina merasa lebih mulia dari bangsa Iban atau Kadazan. Kerana semua bangsa itu dicipta oleh Allah. Bahkan setiap manusia tidak punya pilihan pun untuk lahir di kalangan bangsa mana sekalipun. Apa yang membezakan antara manusia di sisi Allah hanyalah sifat taqwa, iaitu berwaspada pada segala tindakan agar menepati garis panduan syarak yang diturunkan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Marilah kita membersihkan hati kita dari segala sifat mazmumah, khususnya sifat takbur dan sombong. Ini kerana sesiapa yang bersifat dengan sifat ini walaupun sedikit, dia tidak akan dapat memasuki syurga Allah di akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, orang yang dalam hatinya ada sifat takbur seberat biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka (kekal di dalamnya), orang yang ada iman dalam hatinya seberat biji sawi”. (Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah) Firman Allah SWT dalam surah Al-‘Araf : 36 yang bermaksud : “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. (petikan dari teks JAIS)  Selanjutnya...

Date of Input: 14/11/2017 | Updated: 14/11/2017 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468588
0389483742
C1542271731