HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR MASJID UPM |
» NEWS » HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR MASJID UPM

HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR MASJID UPM

JEMPUTAN KE HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR MASJID UPM

Semoga Tuan/Puan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Sukacita dimaklumkan Pusat Islam Universiti, UPM akan menganjurkan Hari Kelestarian Alam Sekitar Masjid UPM seperti butiran berikut:-

》Tarikh: 19 – 20 Oktober 2018 (Jumaat - Sabtu)
》Masa: 9.00 pagi ~ 5.00 petang
》Tempat: Masjid UPM

Program ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan kepada warga kampus UPM, jemaah masjid dan kariah tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua (2) hari berlangsung:

~ Pelancaran Hari Alam Sekitar dan Laman Dapur Masjid UPM 
~ Tazkirah Jumaat Khas Sempena Hari Kelestarian Alam Sekitar Masjid UPM
~ Aktiviti berbasikal sambil edaran risalah
~ Pameran Kelestarian Sekitar (Air Selangor, Fakulti Alam Sekitar dll)
~ “Eco Free Market” yang berasaskan Kelestarian Alam Sekitar
~ Gotong-royong Menanam pokok
~ dan lain-lain.

Diharap dengan kehadiran Tuan/Puan akan menambah lagi kemeriahan program ini sekaligus menjadikan acara ini lebih bermakna. Jazakumullahu khairan kathira.

Semua dijemput hadir.

Date of Input: 16/10/2018 | Updated: 18/10/2018 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468588
0389483742
C1542271603