MAJLIS SILATURRAHIM EIDULFITRI & MERAIKAN BAKAL HAJI 1440H. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MAJLIS SILATURRAHIM EIDULFITRI & MERAIKAN BAKAL HAJI 1440H.

MAJLIS SILATURRAHIM EIDULFITRI & MERAIKAN BAKAL HAJI 1440H.

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 27 Jun 2019 telah berlangsung Majlis Silaturrahim Eidulfitri & Meraikan Bakal Haji. Majlis yang dimulai dengan kehadiran tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan wakil YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.29 Seri Serdang yang telah menyumbang cenderamata untuk bakal Haji Masjid UPM 1440H. Kemudian ucapan Tn Hj Mat Razi bin Abdullah, Pengarah Pusat Islam Universiti. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada petugas masjid sepanjang bulan Ramadan yang lalu, duit raya kepada anak yatim staf UPM dan penyampaian cenderamata kepada Bakal Haji staf UPM dan peserta kursus Haji Masjid UPM 1440H yang disampaikan oleh Tn Hj Mat Razi bin Abdullah. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Voice of Putra dari Pusat Islam Universiti. Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang.

 

 

Date of Input: 09/07/2019 | Updated: 09/07/2019 | izmalm.mr

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDdGAd~