MUSAFIR HANA (PENDAFTARAN PELAJAR BARU UPM 2018) | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MUSAFIR HANA (PENDAFTARAN PELAJAR BARU UPM 2018)

MUSAFIR HANA (PENDAFTARAN PELAJAR BARU UPM 2018)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua.

MUSAFIR HANA KEMBALI LAGI

Masjid berperanan sebagai institusi mesra jemaah iaitu mengambilkira kebajikan ahli kariah dan pengunjung atau musafir yang singgah menunaikan solat di masjid. Sehubungan itu, program “Musafir Hana” anjuran Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Sahabat Masjid UPM kembali lagi pada 1-2 September 2018 ini bertempat di Masjid UPM, dengan menyediakan platform untuk para musafir beriktikaf di masjid pada waktu malamnya di samping menyediakan jamuan secara percuma dan kemudahan pengangkutan kepada musafir yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anaknya ke tempat pendaftaran sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UPM Sesi 2018/2019. Antara objektif penganjuran “Musafir Hana” ini adalah membantu para ibu bapa dan pelajar yang datang dari jauh yang memerlukan bantuan untuk menguruskan pendaftaran pelajar baharu di UPM. Di samping itu, ianya dapat merapatkan ukhuwwah antara sukarelawan dengan para ibu bapa dan pelajar yang datang dari jauh untuk mendaftar kemasukan baru di UPM. Program ini menjadikan Masjid UPM sebagai Pusat Perkhidmatan pembangunan ummah yang sentiasa relevan menerusi aktiviti pengimarahan masjid dan kesejahteraan komuniti. Sekaligus dapat mengimarahkan dan meningkatkan kapasiti Masjid UPM sebagai institusi pembangunan ummah dengan melibatkan penyertaan mahasiswa, staf dan masyarakat setempat.

 

Date of Input: 02/10/2018 | Updated: 02/10/2018 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDdQAZ~