PERASMIAN HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR & LAMAN DAPUR MASJID UPM. |
» NEWS » PERASMIAN HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR & LAMAN DAPUR MASJID UPM.

PERASMIAN HARI KELESTARIAN ALAM SEKITAR & LAMAN DAPUR MASJID UPM.

Bersempena Hari Alam Sekitar Negara yang yang disambut pada 21 Oktober setiap tahun. Pusat Islam dan Masjid UPM telah menganjurkan Hari Kelestarian Alam Sekitar Masjid UPM 2018 pada 19 dan 20 Oktober 2018. Program yang dianjurkan ini antaranya bertujuan memupuk kesedaran, kepekaan dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar. Ianya merupakan program yang julung-julung kali diadakan oleh pihak Pusat Islam dan Masjid UPM dalam usaha menanam sikap dan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat setempat untuk turut mengambil bahagian dan peranan dalam menjaga alam sekitar.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Taman Pertanian Universiti (TPU) UPM, Air Selangor, pensyarah dan pelajar Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM, Pelajar Ko-Kurikulum Pengurusan Masjid, Sahabat Masjid UPM dan Jawatankuasa Kariah Serdang. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan sempena program ini antaranya pameran, tazkirah khas Jumaat tentang kepentingan memelihara alam sekitar, kempen kitar semula, eco-free market, fun ride, gotong-royong penanaman pokok-pokok dan pelancaran Laman dapur Masjid UPM.

Program Hari Kelestarian Alam Sekitar Masjid UPM ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Wan Azman Bin Wan Omar, Pendaftar UPM. Beliau juga kemudiannya turut berkesempatan untuk melancarkan Laman Dapur Masjid UPM. Laman Dapur Masjid UPM ini dibangunkan dengan tujuan mempraktikkan pertanian bandaran dan pada masa yang sama memberi pendedahan kepada komuniti setempat terhadap kepentingan amalan pertanian baik (good agricultural practise), dengan mengamalkan penanaman secara organik.

Penganjuran program ini diharap mampu memberi kesedaran terhadap masyarakat di samping menyokong usaha kerajaan dalam usaha memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

 

 

 

 

 

Date of Input: 24/10/2018 | Updated: 24/10/2018 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468588
0389483742
C1542270375