SOLAT IDUL ADHA ,KORBAN & AQIQAH MASJID UPM 2018
Alhamdulillah, hari ini (22 Ogos 2018) Program solat sunat idul adha telah dilaksananakan dengan jayanya dan telah dipimpin sepenuhnya oleh imam bertugas ,dan seterusnya secara keseluruhannya Program Ibadah Korban Masjid UPM 2018/1439H telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program bermula dengan Solat Sunat Eidul Adha yang bermula jam 8.00 pagi. Program diteruskan dengan ibadah korban selepas solat sunat ditunaikan dengan menumbangkan sebanyak 12 ekor lembu. 5 ekor lembu disembelih di Ladang 16, Taman Pertanian Universiti, UPM, manakala sebanyak 9 ekor lembu di Masjid UPM.
Program turut diserikan dengan kehadiran Prof Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM, yang sempat menyerahkan daging korban kepada peserta korban. Beliau juga turut meninjau persiapan memasak untuk dihidangkan kepada petugas dan jemaah yang hadir meyaksikan program ibadah korban pada hari ini.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendapat keberkatan dari Allah. Ucapan setinggi penghargaan kepada semua petugas sukarelawan yang membantu melancarkan program ini. Semoga semua diberkati Allah.
Date of Input: 02/10/2018 | Updated: 02/10/2018 | fahmi_mukhid
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum