SOLAT SUNAT GERHANA BULAN |
» NEWS » SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Sukacita dimaklumkan bahawa fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 28 Julai 2018 (Jumaat malam Sabtu), yang akan bermula pada jam 01:14 pagi hingga jam 07:28 pagi. Seluruh tempat di Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena ini.

Fasa Penuh iaitu Bulan akan kelihatan berwarna jingga kemerahan akan berlangsung selama 1 jam 43 minit dan merupakan Gerhana Bulan Penuh yang paling lama pada abad ke-21.
Fasa Penumbra bermula - 01:14:47 pagi
Fasa Separa bermula - 02:24:27 pagi
Fasa Penuh bermula - 03:30:15 pagi
Fasa Penuh maksima - 04:21:44 pagi
Fasa Penuh berakhir - 05:13:11 pagi
Fasa Separa berakhir - 06:19:00 pagi
Fasa Penumbra berakhir - 07:28:38 pagi

Oleh yang demikian, menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, Pusat Islam Universiti akan mengadakan Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) dan khutbah sempena gerhana bulan di Masjid UPM pada:

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu) 
Masa : 2.30 pagi
Tempat : Masjid UPM

Bersama-sama ini disertakan Kaifiyyah Solat Sunat Gerhana untuk makluman dan rujukan tuan/puan. Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk bersama-sama menyertai solat sunat gerhana bulan pada waktu tersebut.

Date of Input: 01/10/2018 | Updated: 01/10/2018 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468588
0389483742
C1544473447