Soalan:
Assalamualaikum Datuk Mufti, di sini saya ada satu soalan yang ingin diajukan. Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat sajadah yang mana apabila al-Quran itu menemui ayat tersebut dalam bacaannya dia perlu mengerjakan sujud sajadah. Jadi, apakah hukumnya jika sengaja tidak mengerjakan sujud tersebut ketika membaca ayat sajadah. Terima kasih.
Ringkasan Jawapan:
Hukum mengerjakan sujud tilawah ketika membaca atau mendengar ayat Sajadah adalah sunat dan tidak berdosa bagi orang yang membaca dan mendengar ayat tersebut tidak mengerjakan sujud berkenaan sama ada secara sengaja ataupun tidak.
Huraian Jawapan:
Sujud sajadah adalah merupakan sujud yang yang dilakukan ketika seseorang itu membaca atau mendengar ayat sajadah. Amalan ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, beliau berkata:
أَنَّ النَّبÙيَّ صَلَّى الله٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأ٠الْقÙرْآنَ، Ùَيَقْرَأ٠سÙورَةً ÙÙيهَا سَجْدَةٌ، ÙَيَسْجÙد٠وَنَسْجÙد٠مَعَهÙØŒ Øَتَّى مَا يَجÙد٠بَعْضÙنَا مَوْضÙعًا Ù„Ùمَكَان٠جَبْهَتÙÙ‡Ù
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW ketika membaca al-Quran dan baginda membaca surah yang terdapat padanya ayat sajadah, maka baginda bersujud dan kami turut bersujud bersamanya sehingga tiada bagi kami tempat untuk sujud”
(Riwayat Muslim: 575)
Hadis di atas jelas menyatakan bahawa sujud tilawah merupakan sebahagian daripada ibadat yang disyariatkan. Imam al-Nawawi menjelaskan lagi riwayat yang perlu sujud adalah merujuk kepada situasi di luar solat yang mana mengerjakan sujud tersebut adalah sunat dan tidak wajib di sisi mazhab Syafi’i dan jumhur.[1]
Selain itu, terdapat juga dalam riwayat yang lain yang menyatakan Rasulullah SAW tidak bersujud pada ayat Sajadah sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, yang mana beliau berkata:
قَرَأْت٠عَلَى النَّبÙيّ٠صَلَّى الله٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ وَالنَّجْم٠Ùَلَمْ يَسْجÙدْ ÙÙيهَا
Maksudnya: “Aku pernah membaca Surah al-Najm di hadapan nabi SAW, namun baginda tidak bersujud kerananya.”
(Riwayat al-bukhari: 1073)
Ibn Battal menjelaskan lagi bahawa hadis di atas merupakan dalil dan hujah di sisi mazhab Syafi’i dan Maliki yang mana mengerjakan sujud tilawah itu adalah sunat.[2] Ini berdasarkan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mana Rasullah SAW bersabda:
Ø¥Ùذَا قَرَأَ ابْن٠آدَمَ السَّجْدَةَ Ùَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَان٠يَبْكÙÙŠØŒ ÙŠÙŽÙ‚ÙولÙ: يَا وَيْلَه٠أÙÙ…Ùرَ ابْن٠آدَمَ بÙالسّÙجÙود٠Ùَسَجَدَ Ùَلَه٠الْجَنَّةÙØŒ ÙˆÙŽØ£ÙÙ…Ùرْت٠بÙالسّÙجÙود٠Ùَأَبَيْت٠ÙÙŽÙ„ÙÙŠÙŽ النَّارÙ
Maksudnya: “Jika seorang anak Adam membaca ayat Sajadah kemudian dia sujud, maka syaitan akan melarikan diri dan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak Adam disuruh untuk sujud dan dia sujud dengan patuh, dan dia mendapat ganjaran syurga. Tetapi aku diperintahkan untuk sujud dan aku enggan untuk sujud,maka aku mendapat balasan neraka.”[3]
(Riwayat Muslim: 133)
Oleh yang demikian, tidak berdosa bagi mereka yang meninggalkan sujud tilawah ketika mendengar atau membaca ayat sajadah sama ada secara sengaja atau tidak.
Kesimpulan:
Hukum mengerjakan sujud tilawah ketika membaca atau mendengar ayat Sajadah adalah sunat dan tidak berdosa bagi orang yang membaca dan mendengar ayat tersebut tidak mengerjakan sujud tilawah secara sengaja ataupun tidak. Namun begitu, ia tetap disunatkan untuk mengerjakan sujud tersebut kerana ia mencerminkan ketaatan dan kepatuhan seorang makhluk kepada penciptanya di samping mendatangkan ganjaran pahala kepada orang yang melakukan sujud tersebut.
Wallahu A’lam..
[1] Al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin bin Sharaf. 1392. Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim bin Hajaj. Cetakan 2, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy. J5 h74. Teks asal:
ÙÙŽÙŠÙŽÙ…Ùرّ٠بÙالسَّجْدَة٠ÙَيَسْجÙد٠بÙنَا ÙÙÙŠ غَيْر٠صَلَاة٠ÙÙيه٠إÙثْبَات٠سÙجÙود٠التّÙلَاوَة٠وَقَدْ أَجْمَعَ الْعÙلَمَاء٠عَلَيْه٠وَهÙÙˆÙŽ عÙنْدَنَا وَعÙنْدَ الْجÙمْهÙور٠سÙنَّةٌ لَيْسَ بÙوَاجÙبÙ
[2] Ibn Battal, Abu al-Hassan ‘Ali bin Khalaf.2003. Syarh Sohih al-Bukhari Li Ibn Battal. Tahkik: Abu Tamim Yasar bin Ibrahim. Cetakan 2, Riyadh: Maktabah al-Rusyd. Jilid 3 hlm 58. Teks asal:
هذا الØديث Øجة لمالك والشاÙعى أن سجود القرآن سنة
[3] Sohih Muslim: j1 hlm 87
Date of Input: 01/09/2022 | Updated: 01/09/2022 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum