GEJALA FITNAH MERUNTUHKAN UMMAH | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ARTICLE » GEJALA FITNAH MERUNTUHKAN UMMAH

GEJALA FITNAH MERUNTUHKAN UMMAH

Fitnah bermaksud tuduhan  yang diada-adakan  sama ada  ia        berbentuk gambar,  berita, kisah-kisah  dan  sebagainya  yang  boleh  memburukkan  atau memusnahkan  seseorang  individu,  sesebuah       institusi  atau  kumpulan  dan seumpamanya.  Dalam  zaman  serba  moden  dan  era  teknologi  ini, penyebaran  fitnah  mudah  berlaku  sama  ada  melalui  ucapan,  khidmat pesanan  ringkas  (SMS),  e-mail,  laman  sesawang  atau  blog,  whatssap, facebook, instagram dan sebagainya.

 

  Penyebaran  berita  fitnah  tersebut        berlaku  dengan  cepat,  meluas  dan mudah        diperolehi  tanpa sebarang kewaspadaan untuk menyelidik maklumat yang diterima seterusnya tanpa teragak-agak disampaikan kepada yang lain. Sikap ini  amat  ditegah  oleh  Islam.

 

    Ini  kerana  Islam menganjurkan umatnya agar setiap berita yang sampai terutamanya melalui orang  yang digolongkan sebagai  fasik  iaitu  mereka  yang  tidak  mempedulikan  perintah  Allah  SWT yang         sepatutnya  diselidiki  terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada yang lain. Firman Allah SWT dalam surah al - Hujurat ayat 6:

 

    “Wahai  orang  yang  beriman!  Jika  datang  kepada  kamu  seorang  fasiq membawa  sesuatu  berita,  maka  selidikilah  (untuk  menentukan)   kebenarannya,  supaya  kamu  tidak  menimpakan  sesuatu  kaum  dengan

perkara yang  tidak  diingini  dengan  sebab  kejahilan  kamu  (mengenainya  sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

 

    Berdasarkan ayat tersebut, wajib bagi setiap Muslim menghalusi segala berita  yang  diterima  supaya  tidak  terbabit  dalam  kancah      berita  berunsur fitnah.  Sebarang  berita  yang  diterima  terlebih  dahulu  perlu  dipastikan kebenarannya.  Kebijaksanaan  dan  kewarasan  fikiran  amat  penting digunakan  bagi  memastikan  tidak  terpedaya  dengan  berita  berunsur  fitnah. Budaya  menabur  fitnah,  menyebarkannya  dan  berkongsi  fitnah  dan  istilah moden  hari  ini  disebutkan  “share”  dan  “like”  adalah  sesuatu  yang  keji  dan amat  dibenci  oleh  Islam. 

 

Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 19:

 

                  “Sesungguhnya  orang-orang  yang  suka  menghebahkan tuduhan-tuduhan  yang  buruk  dalam  kalangan  orang  yang  beriman,  mereka  akan beroleh azab  yang  amat pedih di dunia dan di akhirat dan  Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui”.

 

                  Menabur fitnah dengan mengumpat dan sebagainya berlaku  sama ada disedari atau tidak, termasuk dalam sikap buruk apabila seseorang  menyebut atau  menceritakan  keburukan seseorang  tanpa  menyiasat  terlebih  dahulu. Penyebar berita  biasanya  menyebut  "dengar  khabar",  "khabar angin"  atau “viral”.  Bagaimanapun, apabila berita tersebut disampaikan daripada seorang ke  seorang,  diulang-ulangkan, maklumat yang  belum  sahih  itu  seolah-olah

sudah menjadi fakta dan berita benar.

 

Selain ancaman dan dosa fitnah dan penabur fitnah sebagaimana yang

disebutkan  oleh  syarak,  fitnah  juga  turut  membawa  keburukan  dalam

kehidupan bermasyarakat.  Antaranya  ialah:

 

  1. Dosa pembuat  dan  penyebar  fitnah  disifatkan  sebagai  dosa sesama  manusia.  Dosa  ini  tidak  akan  diampunkan  kecuali  orang  yang difitnah          memaafkan perbuatan tersebut.

 

  1. Fitnah memecahbelahkan  rumahtangga  dan  merosakkan masyarakat.  Kerana  fitnah,  hubungan  adik  beradik,  suami  isteri,  jiran tetangga  dan         sebagainya  akan  hancur  dan  membawa  kepada  permusuhan yang  berkekalan. Bahkan perbuatan  menyebar fitnah  diumpamakan  sebagai api yang marak  membakar  tanah gambut  kerana ia cepat merebak sehingga akhirnya  menjadi  jerebu  yang  menyusah  dan  menyakitkan  ramai  serta  merugikan negara.

 

  1. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan.  Sikap  seperti  ini  bertujuan  menonjolkan  diri  dan  menganggap dirinya lebih baik atau lebih layak berbanding orang yang diburukkan. Banyak pihak yang terbabit  dengan penyebaran  fitnah  ini  terkadang tidak mempunyai

sebarang  kepentingan  pun.  Tetapi,  disebabkan  amalan  tersebut  sudah       menjadi  kebiasaan,  walaupun  ianya  hina  namun  dapat  memberi  satu

kepuasan  kepada  pelakunya.

 

  1. Budaya menabur  fitnah  boleh  menganggu  gugat  kestabilan dan         keamanan  Negara.  Oleh  itu,  usah  biarkan  diri,  keluarga  dan  masyarakat   sekeliling  menjadi alat atau ejen pembuatan dan penyebar fitnah yang boleh

menimbulkan huru-hara dan mengancam kestabilan sesebuah negara.

 

  1. Fitnah boleh mengakibatkan jatuhnya maruah seseorang individu dan perkumpulan,  begitu  juga  ia  boleh  menyebabkan  kerugian  dari  segi kewangan. Ini kerana saman malu boleh dibuat terhadap penyebar fitnah dan bakal mengakibatkan  kerugian  yang  besar dari  sudut  kewangan,  emosi  dan

sebagainya.

 

                                                                                                                                                                

 

Date of Input: 17/07/2020 | Updated: 17/07/2020 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
BUKSMA5:12:33