SOALAN
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya berkaitan hukum wanita memakai banyak barangan kemas ketika menunaikan ibadah haji dan umrah. Adakah wanita yang memakai cincin emas dan gelang emas secara berlebih-lebihan boleh menjejaskan ibadah haji dan umrah? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Ringkasan Jawapan:
Wanita memakai perhiasan emas ketika menunaikan ibadah haji mahupun umrah tidak menjejaskan rukun ibadah dan tidak termasuk dalam perkara - perkara yang dilarang ketika berihram.
Walau bagaimanapun, pemakaian barangan perhiasan emas secara berlebih -lebihan perlu dielakkan sebagai langkah berhati-hati bagi menutup pintu - pintu kerosakan (Sadd al-dzariah) seperti unsur riyak (menunjuk-nunjuk) dan unsur mendedahkan perhiasan (tabarruj).
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Emas untuk Perhiasan wanita
Pada asasnya, wanita dibolehkan memakai perhiasan emas berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Ø£ÙØÙلَّ الذَّهَب٠وَالْØَرÙير٠لإÙنَاث٠أÙمَّتÙÙŠ ÙˆÙŽØÙرّÙÙ…ÙŽ عَلَى Ø°ÙÙƒÙورÙهَا
Maksudnya: "Telah dihalalkan emas dan sutera asli bagi perempuan dalam kalangan umatku dan diharamkan (keduanya) bagi lelaki. "
Riwayat al-Nasai’e (9387)
Penggunaan emas untuk tujuan perhiasan adalah harus bagi kaum wanita dan haram bagi kaum lelaki [1]. Wanita dibenarkan memakai emas kerana keperluan wanita berhias dan mencantikkan diri dihadapan suami [2] .
Berdasarkan persoalan yang diajukan, wanita memakai emas ketika menunaikan umrah mahupun ibadah haji tidak menjejaskan rukun-rukun ibadah dan kebasahannya. Bahkan memakai perhiasan bagi wanita tidak termasuk dalam perkara-perkara yang dilarang dalam ihram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Umar RA, Bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Ù†ÙŽÙ‡ÙŽÙ‰ النّÙسَاءَ ÙÙÙŠ Ø¥ÙØْرَامÙÙ‡Ùنَّ عَن٠القÙÙَّازَيْن٠وَالنّÙقَابÙØŒ وَمَا مَسَّ الْوَرْس٠وَالزَّعْÙَرَان٠مÙÙ†ÙŽ الثّÙيَابÙØŒ وَلْتَلْبَسْ بَعْدَ Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ مَا Ø£ÙŽØَبَّتْ Ù…Ùنْ أَلْوَان٠الثّÙيَاب٠مÙعَصْÙَرًا أَوْ خَزًّا أَوْ ØÙÙ„Ùيًّا أَوْ سَرَاوÙيلَ أَوْ Ù‚ÙŽÙ…Ùيصًا أَوْ Ø®ÙÙًّا
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang kaum perempuan yang dalam berihram memakai dua sarung tangan, penutup muka (purdah), baju yang di celup wars (sejenis minyak wangi) dan minyak za'faran. Ia boleh memakai selain daripada itu apa-apa pakaian yang disukai daripada pelbagai warna seperti pakaian dicelup ‘ushfur’ (pewarna kekuningan) sutera, perhiasan, seluar atau kemeja atau sepatu"
Riwayat Abu Daud 1827
Maksud perhiasan (ØÙÙ„Ùيًّا) dalam hadis tersebut merujuk kepada gelang, emas, perak dan barang-barang lain yang menghiasi oleh kaum wanita.[3]
Oleh yang demikian, tiada larangan bagi kaum wanita memakai emas perhiasan ketika menunaikan ibadah haji dan umrah. Namun, isu yang perlu diperhalusi adalah pada sudut perbahasan unsur riyak dan mendedahkan perhiasan (tabarruj).
Larangan mendedahkan perhiasan (tabarruj )
Islam meraikan fitrah wanita yang ingin tampil cantik selagi tidak bertentangan dengan piawaian yang ditetapkan oleh syarak. Wanita dibenarkan berhias dengan syarat tidak mempamerkan perhiasan diri pada bahagian aurat yang wajib ditutupi kepada lelaki ajnabi. Hal tersebut berdasarkan dalil - dalil berikut :
وَلَا ÙŠÙبْدÙينَ زÙينَتَهÙنَّ Ø¥Ùلَّا مَا ظَهَرَ Ù…Ùنْهَا
Maksudnya: "..dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”…
Surah an-Nur 31
Ayat tersebut menerangkan kewajipan kaum wanita menyembunyikan perhiasannya daripada ajnabi melainkan apa-apa yang zahir. Pengecualian bagi perhiasan yang biasa kelihatan seperti cincin, celak dan inai. Sementara, perhiasan yang perlu disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kerongsang, rantai leher, anting-anting yang mana perhiasan tersebut terletak pada anggota badan seperti kaki, lengan atas, leher, kepala, dada, dan telinga . [4]
Sementara, Ibn Abbas memberi makna ayat “kecuali apa yang zahir” ialah muka, dua tapak tangan. Ini merupakan pendapat yang masyhur dalam kalangan majoriti ulama[5].
Firman-Nya lagi:
وَقَرْنَ ÙÙÙŠ بÙÙŠÙوتÙÙƒÙنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرّÙجَ الْجَاهÙÙ„Ùيَّة٠الْأÙولَى
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.”
Surah al-Ahzab (33)
Imam al-Syaukani mentafsirkan tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya yang wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik syahwat kaum lelaki . [6]
Justeru itu, perhiasan bagi wanita dibenarkan pada kadar yang tidak melampaui batas agar tidak menimbulkan fitnah mahupun menarik perhatian ajnabi.
Menjauhi Unsur Riyak
Perlaksaan ibadah haji dan umrah perlu disertai dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Ini berdasarkan firman-Nya:
وَأَتÙمّÙوا الْØَجَّ وَالْعÙمْرَةَ Ù„ÙلَّهÙ
Maksudnya : “Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah..”
Surah al-Baqarah (196)
Niat seseorang penting bagi menilai setiap perbuatannya serta tujuan amalan. Umar bin al-Khattab RA meriwayatkan bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Ø¥Ùنَّمَا الأَعْمَال٠بÙالنّÙيَات٠وَإÙنَّمَا لاÙمْرÙئ٠مَا Ù†ÙŽÙˆÙŽÙ‰
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat. Setiap orang akan dinilai berdasarkan niatnya.
Riwayat Muslim (1907)
Oleh itu umat Islam perlu sentiasa berhati-hati agar setiap perkara yang dilakukan terhindar daripada sebarang unsur riyak dalam diri dengan cara menunjuk-nunjuk. Rasulullah SAW bersabda:
Ø¥Ùنَّ أَخْوَÙÙŽ مَا أَخَاÙ٠عَلَيْكÙمْ الشّÙرْك٠الْأَصْغَر٠قَالÙوا وَمَا الشّÙرْك٠الْأَصْغَر٠يَا رَسÙولَ اللَّه٠قَالَ الرّÙيَاء٠يَقÙول٠اللَّه٠عَزَّ وَجَلَّ Ù„ÙŽÙ‡Ùمْ يَوْمَ الْقÙيَامَة٠إÙذَا جÙزÙÙŠÙŽ النَّاس٠بÙأَعْمَالÙÙ‡Ùمْ اذْهَبÙوا Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ الَّذÙينَ ÙƒÙنْتÙمْ تÙرَاءÙونَ ÙÙÙŠ الدّÙنْيَا ÙَانْظÙرÙوا هَلْ تَجÙدÙونَ عÙنْدَهÙمْ جَزَاءً
Maksudnya :” Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil wahai Rasulullah? Nabi saw bersabda : Itulah riyak! Allah SWT akan befirman pada hari kiamat kelak: pergilah kepada orang yang telah kamu tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah ganjaran itu ada di sisi mereka? (dengan sebab amalan kamu).”
Riwayat Imam Ahmad 23630 dalam Musnad.
Perbuatan yang diniatkan hanya untuk tujuan duniawi mahupun menunjuk-nunjuk tidak mendatang sebarang faedah dan dikhuatiri terjebak dalam syirik kecil. Niat dapat membezakan antara amalan ibadah dan adat selain menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT.
Penutup
Setelah meneliti hujah yang dikemukakan, tiada sebarang larangan memakai perhiasan emas ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Namun, kami berpandangan pemakaian emas secara berlebihan perlu dielakkan bagi tujuan menutup pintu-pintu kerosakan (Sadd al-dzari’ah) seperti unsur riyak (menunjuk-nunjuk) dan unsur mendedahkan perhiasan (tabarruj). Hal tersebut sebagai langkah berhati-hati daripada perkara yang boleh merosakkan niat dalam perlaksanaan ibadah yang hanya ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Pada hakikatnya, matlamat utama ibadah haji dan umrah untuk meningkatkan ketaatan di sisi Allah. Bahkan, pakaian ihram itu sendiri serba putih dan tidak berjahit (bagi lelaki) mengambarkan bertapa kita kembali kepada fitrah manusia dan meninggalkan kemewahan dunia yang kita kejar. Selain itu, keseragaman pakaian ihram tersebut melambangkan persamaan semua jemaah adalah sama di sisi Allah tanpa membezakan kaya, mahupun miskin, pemimpin mahupun rakyat. Nilai seseorang hamba di sisi Allah disebabkan ketakwaan bukannya martabat atau kedudukan mereka miliki. Akhir kalam, cara menzahirkan rasa syukur ke atas rezeki-Nya dengan melaksanakan ibadah dengan penuh ketaatan dan bukannya mempamerkan kemewahan semata-mata. Sesungguhnya Allah Maha pemberi rezeki dan mengetahui segala yang apa-apa yang ada dilangit dan dibumi.
[1]سبل السلام (1/ 460)
Al-San’ani, Muhammad bin Ismail. (t.t) Subul al-Salam. Dar al-Hadis jld. 1 p: 460
[2] Ø´Ø±Ø Ø§Ù„Ù…Øرر ÙÙŠ الØديث - عبد الكريم الخضير (49/ 20ØŒ بترقيم الشاملة آليا
Abdul Karim al Khadir, (t.t) Syarah al-Muharrar fi al-Hadis, jld. 20 p: 49
[3] نيل الأوطار (5/ 7)
Al-Syaukani al-Yamani, Muhammad bin Ali. (1993), Nail al-Authar, Dar al-Hadith: Mesir. jld. 5 p: 7
[4] تÙسير المراغي (18/ 99)
Al-Maraghi, Ahmad Mustafa, (1946). Tafsir Al-Maraghi, Mesir. jld. 18 p: 99
[5] تÙسير ابن كثير ت سلامة (6/ 45)
Ibn Kathir, Ismail bin Umar (199), Tafsir al-Quran al-Azim, Dar al-Tayyibah ; jld. 6 p:45
[6] ÙØªØ Ø§Ù„Ù‚Ø¯ÙŠØ± للشوكاني (4/ 320)
Al-Syaukani, Muhammad bin Ali. 1414 H, Fath al-Qadir Dar Ibn Kathir : Bayrut. jld. 4 p:320c
Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | asmunir
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum