KISAH NABI IDRIS A.S. MELIHAT SYURGA & NERAKA | PUSAT ISLAM
» ARTIKEL » KISAH NABI IDRIS A.S. MELIHAT SYURGA & NERAKA

KISAH NABI IDRIS A.S. MELIHAT SYURGA & NERAKA

Nabi Idris a.s  adalah salah satu di antara nabi-nabi Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan dua kali dalam Alquran, namun tidak menceritakan kepada kita    kisahnya atau kisah kaumnya. Allah S.W.T  berfirman:

 

Dan ceritakanlah (wahai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Alquran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.— Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”     

                                                                                                                                                              

(Surah Maryam: 56-57)

 

Rasulullah S.A.W. ketika Isra’ Mi’raj pernah melawati Nabi Idris, dimana ketika itu ia berada di langit keempat, lalu Beliau mengucapkan kepadanya. Beliau bersabda, “Lalu aku mengucapkan salam kepadanya, ia pun menjawabnya dan berkata, ‘Selamat datang seorang saudara yang soleh dan nabi yang soleh.” (HR. Bukhari)

Setiap hari Malaikat Izrail dan Nabi Idris beribadah bersama. Di suatu masa,  Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bolehkah  engkau membawa saya melihat syurga dan neraka?”“Wahai Nabi Allah,  permintaanmu aneh,” kata Izrail. Setelah Malaikat Izrail memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para       Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrail.

“Saya takut sekali kepada azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya. Waktu mereka      sampai ke dekat neraka, Nabi Idris  pengsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang derhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tidak ada pemandangan yang lebih mengerikan jika dibandingkan dengan tempat ini.

Dengan tubuh yang  lemah Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrail membawa Nabi Idris ke syurga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrail kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu syurga yang sangat tampan. Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia            mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.Waktu melihat isi syurga, Nabi Idris sekali lagi hampir pengsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa  berkata apa-apa melihat pemandangan sangat indah di            hadapannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris berulang-ulang. Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana bagi penghuni syurga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan syurga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Nabi Idris bertanya “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”

“Silakan minum, inilah minuman untuk penghuni syurga.” Jawab Izrail. Pelayan syurga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur kerana menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. 

 

 

Oleh : Muhammad Norhisyam bin Nordin

norhisyam@upm.edu.my

KOLEKSI SUARA PUSAT ISLAM

 

Tarikh Input: 24/01/2019 | Kemaskini: 24/01/2019 | fahmi_mukhid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
B1566278580