BENGKEL FARAID & HARTA PUSAKA 2019 | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » BENGKEL FARAID & HARTA PUSAKA 2019

BENGKEL FARAID & HARTA PUSAKA 2019

Pada 23 & 24 Julai 2019 (Selasa & Rabu), Pusat Islam Universiti telah mengadakan Bengkel Faraid 2019 bertempat di Dewan Khawarizmi, Pusat Islam Universiti. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan am tentang ilmu Faraid serta pengetahuan mengenai pembahagian harta secara adil menurut syariat Islam. Di samping itu, di dalam bengkel ini, peserta didedahkan kepada isu-isu klasik dan kontemporari yang berkaitan dengan Ilmu Faraid, serta kemampuan untuk menganalisa masalah-masalah Faraid berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tanpa mengabaikan kemampuan akal.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 45 orang peserta. Bengkel ini menampilkan Dr. Mohd Zamro Muda (Pensyarah Kanan UKM/Pakar Rujuk Ilmu Faraid) dan Ustaz Hilmi bin Abdul Hadi (Pegawai Eksekutif Amanah Raya Berhad) sebagai penceramah.

 

Tarikh Input: 26/07/2019 | Kemaskini: 26/07/2019 | izmalm.mr

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDdQAj~