MALAM BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT) IMARAH SUBUH DAN GOTOMG ROYONG MASJID UPM 2018 | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » MALAM BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT) IMARAH SUBUH DAN GOTOMG ROYONG MASJID UPM 2018

MALAM BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT) IMARAH SUBUH DAN GOTOMG ROYONG MASJID UPM 2018

Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu (28 & 29 September 2018), Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UPM telah mengadakan Program Imarah Subuh Masjid UPM. Program yang dimulai dengan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT), membabitkan aktiviti iktikaf di Masjid UPM dan qiamullail pada pagi Sabtu. Program diteruskan dengan solat Subuh berjemaah, bacaan Ma’thurat Sughra dan seterusnya aktiviti gotong-royong dijalankan. Seramai 90 orang yang menyertai aktiviti gotong-royong yang terdiri daripada staf, pelajar UPM dan kariah Serdang. Bagi pihak penganjur, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti program ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Tarikh Input: 02/10/2018 | Kemaskini: 02/10/2018 | fahmi_mukhid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDdVAL~