FASILITI DAN KEMUDAHAN | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» MASJID UPM » FASILITI DAN KEMUDAHAN

FASILITI DAN KEMUDAHAN

Masjid UPM.

Masjid UPM ini merupakan pusat perkhidmatan kerohanian dan aktiviti keagamaan kepada mahasiswa, staf serta masyarakat sekitar supaya melahirkan persefahaman di samping mewujudkan perasaan muhibah di antara manusia. Proses pendidikan kerohanian diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti Kelas Pengajian Al-Quran, Kelas Pengajian Selepas Maghrib, Kelas Fardu ‘Ain, seminar, forum, bengkel dan penyebaran risalah dari semasa ke semasa.

Masjid UPM turut dilengkapi dengan kemudahan ICT bagi menjalankan program-program pengisian kerohanian Islam dengan lebih efektif dan berkesan seperti penggunaan peralatan Liquid Crystal Display (LCD) untuk memaparkan visual daripada paparan Power Point dan terjemahan teks khutbah daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris supaya penyampaian ilmu dapat disampaikan dengan tepat dan efektif.

Selain itu, Pusat Sumber yang dilengkapi dua buah komputer dengan sumber rujukan, internet dan pautan terhadap data sumber rujukan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad juga disediakan untuk memaksimumkan penggunaan Masjid UPM.

Masjid UPM juga turut menyediakan pelbagai khidmat profesional dan perundingan serta menggalakkan seluruh warga kampus UPM dan penduduk sekitar menggunakan pusat ini bagi aktiviti dan program keagamaan secara berjemaah di samping memberi peluang termasuk kepada yang bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

 

 

ANTARA FASALITI YANG TERDAPAT DISEKITAR MASJID UPM ADALAH :

  • WAKAF REHAT TETAMU
  • RUANG TEPI MASJID UNTUK KEGUNAAN JAMUAN DAN MAJLIS MAKAN 
  • SUDUT RUANG NIKAH
  • RUANG BACAAN KEPADA PELAJAR 
  • OPERASI TANDAS 24 JAM BAGI KEMUDAHAN AWAM
  • KEMUDAHAN BANGKU REHAT TEPI TASIK MASJID
  • BILIK TETAMU 
  • KERUSI URUS REHAT
  • VANDING MESIN AIR

Untuk Maklumat kegunaan/Pinjaman pasarana boleh hubungi ditalian 03 -97698588 (Puan Azlinda)

 

 

Updated:: 04/07/2023 [asmunir]

MEDIA SHARING

BWJXRAd:17:50