FUNGSI UTAMA PIU | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ABOUT US » MAKLUMAT KORPORAT » FUNGSI UTAMA PIU

FUNGSI UTAMA PIU

FUNGSI UTAMA PIU UPM

  • Merancang dan melaksana aktiviti kecemerlangan sahsiah dan modal insan dengan mengambil kira perkembangan intelek, emosi, fizikal dan spiritual.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian dengan menjana pemerkasaan aqidah, ibadah dan akhlak bagi melahirkan generasi Khairul Ummah dan merealisasikan insan yang bercirikan Ahsan Al-Taqwim.
  • Menawarkan perkhidmatan kerohanian dan keagamaan yang menerobos halangan-halangan di samping memantapkan iman, takwa dan ehsan sesuai dengan perkembangan zaman dalam era globalisasi dan ICT.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti penghayatan Islam yang menjurus kepada pembentukan sebuah masyarakat dan peradaban yang unggul sesuai dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil.
  • Mengintegrasikan ilmu, kemahiran, iman dan amal secara bersepadu demi percambahan dan penyebaran ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah bagi melahirkan insan bermentaliti kelas pertama dan berpersonaliti unggul serta berakhlak mulia.
  • Memberikan kerjasama penuh kepada pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) dalam UPM, agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pelanggan dalam hal ehwal Islam dan seumpamanya demi masa depan Islam dan umat Islam.

MAKLUMAT KORPORAT

  1. Menjadikan Pusat Islam Universiti dan Masjid  UPM sebagai Pusat  Perkhidmatan  pembangunan ummah  yang sentiasa relevan melalui aktiviti pengimarahan masjid dan kesejahteraan komuniti.
  2. Mengimarah dan meningkatkan kapasiti masjid sebagai institusi pembangunan ummah dengan menarik penglibatan mahasiswa, staf dan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian serta memantau aktiviti-aktiviti keagamaan Islam.
  3. Menjalin kerjasama pintar dengan semua pihak dalam dan luar kampus bagi memupuk jalinan hubungan yang lestari dan dapat memberi impak signifikan kepada pembangunan Universiti.
  4. Memantap dan memperkejap sistem pengurusan kualiti yang berintegriti, cekap, berkesan dan mesra pelanggan secara berhikmah dan peka dengan sensitiviti setempat.

 

Updated:: 24/07/2019 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
C1571728215