AKTIVITI KORBAN MASJID UPM TAHUN 2022/1443H | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » AKTIVITI KORBAN MASJID UPM TAHUN 2022/1443H

AKTIVITI KORBAN MASJID UPM TAHUN 2022/1443H

UPM Serdang,10 Julai- Masjid UPM telah mengadakan aktiviti korban sempena Hari Raya EidulAdha bertempat di Perkarangan Masjid UPM.
Aktiviti Korban tahun ini dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN),Sahabat Masjid UPM, KEPERTAMA, Pesara UPM dan Pejabat Pengurusan dan Keselamatan Kesihatan UPM.
 
Terima kasih kepada semua peserta dan juga petugas yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti korban masjid UPM bagi tahun ini.
Dalam Riwayat Tirmizi menyatakan: "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh ALLAH selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan mendapat reda ALLAH SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan ibadah berkorban)."

Date of Input: 13/07/2022 | Updated: 13/07/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEaAAJ~