BAKAL HAJI TAHUN INI DI RAIKAN DI MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI MASJID UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » BAKAL HAJI TAHUN INI DI RAIKAN DI MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI MASJID UPM

BAKAL HAJI TAHUN INI DI RAIKAN DI MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI MASJID UPM

Serdang, 26 April - Pusat Islam UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid UPM, Sahabat Masjid UPM dan Pusat Rawatan Kecil Darussyifa Masjid UPM telah mengadakan Majlis silaturrahim Aidilfitri dan meraikan bakal haji yang telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji bagi tahun 2024.
 
Majlis ini bermula selepas solat Maghrib yang dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Imam Masjid UPM, Ustaz Mohamad Norhisyam Nordin seterusnya ucapan aluan daripada Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim. Pada tahun ini seramai lebih 50 peserta yang menghadiri kursus asas haji bagi sesi 2023/2024 telah menerima panggilan untuk menunaikan haji.
Penyerahan cenderahati di sampaikan oleh Pendaftar UPM, Encik Muhazam bin Mansor. Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serdang, Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi@azmi.
 
Pelbagai juadah di sediakan selepas solat Isyak kepada jemaah yang hadir di majlis silaturrahim Aidilfitri yang dihadiri lebih dari 1000 orang jemaah terdiri dari sekitar Masjid UPM serta warga UPM sendiri.
 
Semoga dikurniakan haji mabrur kepada semua jemaah haji Malaysia yang mengerjakannya pada tahun ini.

Date of Input: 02/05/2024 | Updated: 02/05/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFbUAc~