FORUM MAAL HIJRAH MERAIH REDHA DENGAN KEBERKATAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » FORUM MAAL HIJRAH "MERAIH REDHA DENGAN KEBERKATAN" MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FORUM MAAL HIJRAH "MERAIH REDHA DENGAN KEBERKATAN" MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UPM Serdang,1 Ogos-Program Forum Maal Hijrah "Meraih Redha Dengan Keberkatan" Masjid Universiti Putra Malaysia anjuran Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf,Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM dan Lembaga Zakat Selangor.
 
Pada program ini juga, pihak WAZAN, Putra Bakti dan Kesatuan Kakitangan UPM (KEPERTAMA) memberi sumbangan sebanyak 50 pek barangan asas kepada staf asnaf UPM yang disampaikan oleh YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.
Selain itu, sebanyak 20 pemenang dari Program Cabutan Barakah yang dilaksanakan pada bulan zakat dan wakaf Al-Falah pada bulan Disember menerima Gold Bar Eksklusif sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM.
 
Turut hadir pada Program Forum Maal Hijrah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor dan wakil dari Lembaga Zakat Selangor.

Date of Input: 02/08/2022 | Updated: 02/08/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEQWAb~