KELAB KEBAJIKAN & REKREASI IDEC ANJUR KEM AMALI SOLAT, TINGKAT PENGETAHUAN FARDHU AIN KEPADA ANAK-ANAK STAF UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » KELAB KEBAJIKAN & REKREASI IDEC ANJUR KEM AMALI SOLAT, TINGKAT PENGETAHUAN FARDHU AIN KEPADA ANAK-ANAK STAF UPM

KELAB KEBAJIKAN & REKREASI IDEC ANJUR KEM AMALI SOLAT, TINGKAT PENGETAHUAN FARDHU AIN KEPADA ANAK-ANAK STAF UPM

SERDANG, 31 Mei – Kem cuti sekolah Kursus Amali Solat yang di anjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRIDEC) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, UPM bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang.
Kursus ini dibimbing oleh Ustaz Nik Ahmad Aslam Nik Armanzi bagi peserta kanak-kanak lelaki dan Ustazah Siti Rohani Muhammad bagi peserta kanak-kanak perempuan. Kursus ini turut di selia oleh 5 orang pegawai daripada iDEC UPM.
 
Tumpuan utama kursus amali solat adalah kepada anak-anak staf UPM yang berumur antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Seramai hampir 40 orang peserta yang berdaftar untuk menghadiri kursus ini. Peserta turut disediakan sarapan pagi dan makan tengahari oleh urusetia sepanjang kursus berjalan.
Objektif kursus ini dilaksanakan ialah untuk membimbing peserta untuk mengetahui cara-cara mengambil wuduk dengan betul, melaksanakan solat dengan sempurna dan baik, membantu peserta memperbetulkan kesalahan biasa di dalam solat serta mendidik peserta tentang kepentingan kesempurnaan solat.

Date of Input: 31/05/2023 | Updated: 31/05/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXETGAW~