Khatam Al-Quran Masjid UPM Menampilkan Qari Dari Pelajar Kurang Upaya (OKU) | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Khatam Al-Quran Masjid UPM menampilkan Qari dari Pelajar Kurang Upaya (OKU)

Khatam Al-Quran Masjid UPM menampilkan Qari dari Pelajar Kurang Upaya (OKU)

SERDANG, 13 April – Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya menganjurkan majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh pelajar golongan kurang upaya (OKU) di Dewan Solat Utama, Masjid UPM hari ini.
Pengarah Pusat Islam UPM, Zuhaimi Abdul Rahim berkata Ramadan merupakan bulan istimewa dan golongan ini juga merupakan kumpulan yang istimewa dan perlu untuk disantuni.
 
“Setiap tahun Pusat Islam akan menganjurkan majlis khatam Al-Quran dan pada tahun ini kita bawa kelainan melalui pendekatan golongan OKU menjadi Qari. Selain itu, kita juga ingin memberi motivasi kepada masyarakat yang sempurna untuk membaca Al-Quran.
“Kita dapat lihat OKU penglihatan yang tidak dapat melihat mampu untuk membaca Al-Quran dengan baik. Bagaimanapun, bukan bulan Ramadan sahaja kita perlu santuni golongan OKU ini tetapi bulan lain juga,” katanya.
 
Sementara itu, Pelajar OKU Bacelor Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM, Wan Ahmad Amiruladha Wan Mahzir berkata penglibatan pelajar OKU dalam majlis ini mengangkat keunikan golongan sepertinya di mata masyarakat bahkan dapat melaksanakan kebaikan bersama. -UPM

Date of Input: 17/04/2023 | Updated: 17/04/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEUFAB~