KUNJUNGAN MESRA DARI PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » KUNJUNGAN MESRA DARI PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

KUNJUNGAN MESRA DARI PUSAT ISLAM UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, (5 April 2019), Pusat Islam UPM telah menerima Kunjungan Mesra dari Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Rombongan Pusat Islam USIM dianggotai seramai 44 orang, terdiri daripada staf Pusat Islam USIM serta Sekretariat Pusat Islam USIM, Sekretariat Pendakwah Muda USIM dan Sahabat YADIM USIM.

Rombongan ini diketuai oleh Ustaz Muhammad Fitri bin Abdul Razak, Pegawai Hal Ehwal Islam. Majlis Kunjungan Mesra ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tn Hj Mat Razi bin Abdullah, Pengarah Pusat Islam UPM. Kemudian taklimat disampaikan oleh Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam, Pegawai Ehwal Islam yang memberikan sedikit perkongsian mengenai Pusat Islam UPM. Ucapan balas disampaikan oleh wakil Pusat Islam USIM dan kemudian disusuli dengan sesi perbincangan dua hala.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata antara dua pihak. Sekalung penghargaan diucapkan kepada delegasi Pusat Islam USIM yang sudi membuat lawatan ke Pusat Islam UPM. Semoga hubungan dua hala ini dapat mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan profesionalisme antara Pusat Islam USIM - Pusat Islam UPM.

 

Date of Input: 30/04/2019 | Updated: 06/05/2019 | izmalm.mr

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
C1568891327