LATIHAN KEBAKARAN 'FIRE DRILL' BAGI PUSAT PENGURUSAN WAKAF ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN) DAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM 2023 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » LATIHAN KEBAKARAN 'FIRE DRILL' BAGI PUSAT PENGURUSAN WAKAF ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN) DAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM 2023

LATIHAN KEBAKARAN 'FIRE DRILL' BAGI PUSAT PENGURUSAN WAKAF ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN) DAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM 2023

UPM Serdang, 02 Mac - Pusat Islam Universiti, UPM bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, telah mengadakan taklimat dan latihan pencegahan kebakaran (firedrill) bagi tahun 2023.
 
Latihan ini diadakan di Bangunan WAZAN UPM dan Pusat Islam Universiti yang diketuai oleh Encik Haris bin Dahlan daripada WAZAN dan Encik Nazaruddin bin Ramli daripada Pusat Islam. Latihan ini diseliakan oleh Encik Hasmi bin Sulaiman, Penyelaras Latihan Kebakaran UPM. Satu jentera kecemasan dari pada Unit Bantu Mula UPM dan satu unit van ambulans daripada pihak Pusat Kesihatan Universiti UPM terlibat bersama dalam latihan firedrill tahun ini.
Latihan dimulakan dengan sesi taklimat latihan kebakaran 'fire drill' oleh penyelaras latihan kebakaran kepada yang terlibat berkenaan senario bencana kebakaran yang terjadi di bangunan WAZAN dan bagaimana para penghuni harus keluar dari bangunan dengan kadar yang cepat dan selamat serta memastikan di mana 'Assembly Point' untuk mereka berkumpul sekiranya berlaku sebarang situasi bencana kebakaran.
 
Latihan 'Fire Drill' dijalankan sebanyak (1) kali setahun dan bagi tahun 2023 menggunakan mangsa. Tempoh masa dicatat bagi setiap latihan untuk tujuan rekod.

Date of Input: 02/03/2023 | Updated: 02/03/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXESRAp~