Latihan Pencatasan Dan Penebangan Pokok Sekitar Masjid UPM Bersama Pusat Pertanian Putra UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Latihan Pencatasan dan Penebangan Pokok Sekitar Masjid UPM bersama Pusat Pertanian Putra UPM

Latihan Pencatasan dan Penebangan Pokok Sekitar Masjid UPM bersama Pusat Pertanian Putra UPM

Serdang, 08 Mei - Pusat Islam Universiti (UPM) telah melancarkan program latihan pencantasan dan penebangan pokok di Masjid UPM sebagai sebahagian daripada usaha pemeliharaan dan keselamatan bangunan serta kawasan sekitarnya di bawah seliaan Pusat Pertanian Putra UPM

Program tersebut bertujuan untuk memastikan kelestarian masjid serta kawasan sekitarnya, sambil memberi latihan kepada staf berkaitan dengan teknik pencantasan dan penebangan pokok yang betul.

"Masjid merupakan satu aset penting di dalam kampus, dan kita perlu memastikan ia sentiasa dalam keadaan yang baik serta selamat untuk digunakan oleh komuniti UPM"

Program latihan ini juga melibatkan Staf Pusat Islam UPM bagi memastikan kepentingan agama dan keperluan berkaitan ibadah diambil kira semasa proses pemeliharaan dilaksanakan.

"Kerjasama di antara Pusat Pertanian Putra dan Pusat Islam adalah penting untuk memastikan proses pemeliharaan dan penebangan pokok di kawasan masjid dijalankan dengan berkesan serta menghormati nilai-nilai keagamaan,".

Proses pencantasan dan penebangan pokok dijalankan dengan teliti dan berhati-hati bagi memastikan keselamatan pengunjung serta integriti struktur bangunan terjamin.

Selain itu, program ini juga memberi kesempatan kepada staf untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pemeliharaan landskap serta keperluan penyelenggaraan bangunan.

Program latihan ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti UPM, dengan harapan bahawa usaha ini akan terus dikekalkan untuk menjaga keindahan serta keselamatan masjid dan kawasan sekitarnya.

Date of Input: 14/05/2024 | Updated: 14/05/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFbVAl~