LAWATAN MAHABBAH PENGURUSAN PUSAT ISLAM UPM KE MASJID UMP DAN UNIPSAS KUANTAN,PAHANG | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » LAWATAN MAHABBAH PENGURUSAN PUSAT ISLAM UPM KE MASJID UMP DAN UNIPSAS KUANTAN,PAHANG

LAWATAN MAHABBAH PENGURUSAN PUSAT ISLAM UPM KE MASJID UMP DAN UNIPSAS KUANTAN,PAHANG

KUANTAN, 2 JUN - Pengurusan Pusat Islam UPM telah mengadakan kunjungan mahabbah ke Masjid Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim bersama Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Islam) UPM, Ustaz Mohamad Alif Mursyid Husry.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan Hal Ehwal Pengurusan Masjid. Pihak Masjid berkongsi maklumat serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Masjid Universiti dari segi program-program yang telah berlangsung, sedang berlangsung dan yang akan berjalan.
 
Semoga lawatan ini dapat mewujudkan kerjasama dua belah pihak demi pembangunan Ummah dengan mengimarahkan institusi Agama terutamanya Masjid Universiti seluruh Malaysia.

Date of Input: 07/06/2023 | Updated: 07/06/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEZEAf~