LAWATAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UUM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » LAWATAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UUM

LAWATAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UUM

Alhamdulillah, pada pagi ini (JUmaat, 23 November 2018), Pusat Islam UPM telah menerima Kunjungan Mahabbah dari Pusat Islam UUM, Kedah . Rombongan Pusat Islam UUM Kedah dianggotai oleh 38 orang, terdiri daripada staf Pusat Islam UUM serta pelajarnya. Rombongan ini diketuai oleh Ustaz Aus Qarni bin Yahya, Pegawai Hal Ehwal Islam. Majlis Kunjungan Mahabbah ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tn Hj Mat Razi bin Abdullah, Pengarah Pusat Islam UPM. Kemudian Tuan Pengarah memberikan sedikit perkongsian mengenai Pusat Islam UPM. Ucapan balas disampaikan oleh wakil Pusat Islam UUM Kedah dan kemudian disusuli dengan sesi perbincangan dua hala. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada delegasi Pusat Islam UUM Kedah yang sudi membuat lawatan ke Pusat Islam UPM. Semoga hubungan dua hala ini dapat mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan profesionalisme antara Pusat Islam UUM Kedah - Pusat Islam UPM.

Date of Input: 23/01/2019 | Updated: 23/01/2019 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEUOA7~