Lawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam Ke UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Lawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam ke UPM

Lawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam ke UPM

MASJID UPM,05 APRIL 2022- Lawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam ke UPM.

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali turut melawat ke Institut Biosains, Fakulti Pertanian, Pusat Pertanian Putra dan Muzium Warisan Melayu.
 
Selain itu, beliau turut berkunjung ke Konservasi Herba, Projek SATREPS-COSMOS, Urban Farming, K-Shoppe dan Rumah Cendawan.
Sebelum itu, Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyampaikan ucapan alu-aluan kepada TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali dan delegasi.
 
Pengarah, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman kemudiannya menyampaikan taklimat pengenalan dan pencapaian UPM.
 
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali juga berkesempatan untuk Solat Zohor di Masjid UPM di iringi oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim bersama pegawai Pusat Islam yang lain.
 
Lawatan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Khas Yang di-Pertua, Negeri Melaka, Dato’ Nur Azmi Ahmad, Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad.

  

Date of Input: 06/04/2022 | Updated: 13/04/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEUGAK~