MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA UPM. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA UPM.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA UPM.

Alhamdulillah, Majlis Khatam AL-Quran Perdana UPM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid UPM pada 30 Mei 2019 bersamaan 25 Ramadan 1440H.

Majlis ini telah disertai seramai 310 peserta dalam kalangan warga UPM dan masyarakat sekitar Serdang.

Majlis ini yang dimulai dengan bacaan Al-Quran serta tazkirah yang disampaikan oleh YBhg Al-Fadil Ustaz Haji Amirahman Abas (Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2011).

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Tuan Haji Mat Razi bin Abdullah, Pengarah Pusat Islam Universiti. Majlis dirasmikan oleh YBhg Prof Dr M. Iqbal bin Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM dan sekaligus melancarkan Kelab Huffaz UPM (HEROES).

Agenda utama majlis diteruskan lagi dengan Khatam Al-Quran yang dibimbing oleh YBhg Al-Fadil Ustaz Amirahman Abas.

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta khatam Al-Quran dan penyampaian cenderamata kepada YBhg Al-Fadil Ustaz Amirahman Abas dan YBhg Prof Dr M. Iqbal bin Saripan.

Mudah-mudahan segala usaha kita ini dipandang dan dibantu Allah s.w.t.

 

Date of Input: 09/07/2019 | Updated: 09/07/2019 | izmalm.mr

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDdEAm~