Majlis Mega Raya Aidilfitri UPM 2023 Mendapat Sambutan Menggalakkan Dari Warga UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Majlis Mega Raya Aidilfitri UPM 2023 mendapat sambutan menggalakkan dari warga UPM

Majlis Mega Raya Aidilfitri UPM 2023 mendapat sambutan menggalakkan dari warga UPM

Serdang, 11 Mei - Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 secara serentak melalui 13 Kluster seluruh UPM di sini,semalam.
 
Pusat Islam Universiti berada dalam kluster A bersama dengan 9 PTJ lain bersama-sama menjayakan majlis sambutan hari raya ini yang bertempat di Dewan Putra PKPP, Kompleks Mahasiswa,UPM.
 
Kemeriahan majlis ini diserikan dengan penglibatan semua warga UPM termasuklah pelajar-pelajar UPM sendiri yang mula menghadiri ke majlis seawal 10.00 pagi.
 
Setiap PTJ menyediakan juadah antaranya sate, lemang, rendang, lontong dan pelbagai lagi juadah yang menjadi kebiasaan apabila menyambut hari raya aidilfitri.
 
Turut hadir bersama Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman yang tiba ke Kompleks Mahasiswa pada jam 9.00 pagi.

Date of Input: 11/05/2023 | Updated: 11/05/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEYBAg~