Pusat Islam UPM Menganjurkan Gotong Royong Sempena Kehadiran Bulan Ramadhan | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Pusat Islam UPM menganjurkan gotong royong sempena kehadiran bulan Ramadhan

Pusat Islam UPM menganjurkan gotong royong sempena kehadiran bulan Ramadhan

UPM Serdang, 18 Mac - Pusat Islam Universiti telah menganjurkan program gotong royong sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.
Gotong royong ini anjuran bersama Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM), Sahabat Masjid UPM, Persatuan Pesara UPM, Persatuan Mahasiswa Islam UPM, dan Persatuan Wanita Bestari Serdang. Seramai hampir 100 orang sukarelawan terlibat yang terdiri daripada pelajar UPM dan warga sekitar UPM menjalankan aktiviti gotong royong hari ini.
 
Tumpuan utama gotong royong adalah untuk membersihkan sekitar kawasan Masjid UPM seperti dapur masjid, tempat wuduk lelaki dan wanita,menyusun dan membersihkan rak Al-Quran dan juga membersihkan kawasan koridor kiri dan kanan masjid.
 
Turut hadir bersama Ybhg Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM meninjau aktiviti yang di jalankan di Masjid UPM.

Date of Input: 18/03/2023 | Updated: 18/03/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEUPA5~