Pusat Islam UPM Meraikan Bakal Haji Yang Akan Mengerjakan Haji Pada Tahun 2023 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Pusat Islam UPM meraikan bakal haji yang akan mengerjakan haji pada tahun 2023

Pusat Islam UPM meraikan bakal haji yang akan mengerjakan haji pada tahun 2023

Serdang, 19 Mei - Pusat Islam UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid UPM telah mengadakan Majlis silaturrahim Aidilfitri dan meraikan bakal haji yang telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji bagi tahun 2023, semalam.
 
Majlis ini bermula selepas solat Maghrib yang dimulakan dengan bacaan Yasin oleh Imam Masjid UPM, Ustaz Amir Ikmal Khairul Anuar seterusnya penyampaian cenderahati kepada 11 orang bakal haji pada tahun ini.
 
Penyerahan cenderahati di sampaikan oleh Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM.
 
Pelbagai juadah di sediakan selepas solat Isyak kepada jemaah yang hadir di majlis silaturrahim Aidilfitri yang dihadiri lebih dari 300 orang jemaah terdiri dari sekitar Masjid UPM serta warga UPM sendiri.
Semoga dikurniakan haji mabrur kepada semua jemaah haji Malaysia yang mengerjakannya pada tahun ini.

Date of Input: 19/05/2023 | Updated: 19/05/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDdRAe~