MASJID UPM,11 Oktober - Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang, Sahabat Masjid UPM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) akan mengadakan Ceramah Khas Maulidur Rasul bertempat di Masjid UPM.
Program Sambutan Maulidur Rasul ini di hiasi dengan Ceramah Khas Maulidur Rasul bertajuk " Akhlak Terpuji Pemangkin Al-Falah" yang di sampaikan oleh Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.

Seramai lebih dari 600 jemaah hadir terdiri daripada pelajar UPM dan jemaah sekitar Masjid UPM. Program di mulai dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum ceramah dimulakan.
Jemaah yang hadir disediakan makanan dan diberi dalam bentuk bungkusan untuk di bawa pulang selepas program selesai.

Date of Input: 12/10/2022 |
Updated: 12/10/2022 | asmunir
MEDIA SHARING