Warga Kolej UPM Tidak Ketinggalan Bagi Menerima Juadah Bubur Lambuk | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Warga Kolej UPM Tidak Ketinggalan Bagi Menerima Juadah Bubur Lambuk

Warga Kolej UPM Tidak Ketinggalan Bagi Menerima Juadah Bubur Lambuk

Serdang, 30 Mac - Sahabat Masjid UPM telah mengagihkan 100 bekas bubur lambuk dan 100 bekas kuih tepung pelita kepada warga pelajar UPM di kolej kediaman.

Bubur lambuk ini disediakan oleh kumpulan pelajar dari Kolej Pendata Zaba, UPM dan di masak di dapur Masjid UPM. Edaran bermula selepas solat asar di hantar dan diagihkan terus kepada pelajar kolej.

Bubur lambuk di sampaikan oleh Encik Bukryman Sabri, Pengerusi Sahabat Masjid UPM.Terima kasih diucapkan kepada Pusat Islam UPM yang memperuntukkan 100 pax bubur lambuk untuk diagihkan kepada para pelajar sekitar kolej terutama kepada pelajar yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke masjid.

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi rezeki dalam lebihan rezeki yang kita ada.

Date of Input: 04/04/2023 | Updated: 04/04/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXESXA0~