Pengenalan Latar Belakang Kelas | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» PENDIDIKAN DAN KELAS PENGAJIAN » KELAS -KELAS PENGAJIAN PUSAT ISLAM » Pengenalan Latar belakang Kelas

Pengenalan Latar belakang Kelas

Pengenalan Latar belakang Kelas

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Membacanya adalah merupakan satu ibadah. Ia  juga merupakan panduan kehidupan. Penguasaan terhadap ilmu-ilmu berkaitan al-Quran merupakan satu keperluan yang sangat penting sebagai bekalan di dunia dan akhirat. Oleh itu penguasaan masyarakat terhadap  al-Qur'an perlu diperluaskan dan dipertingkatkan.  Menyedari perkara ini Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia merasa bertanggungjawab untuk menjadi salah satu institusi yang berperanan memperluas dan mempertingkatkan pendidikan al-Quran di kalangan masyarakat Islam di sekitarnya dan di Malaysia amnya. Sejak Pusat Islam UPM ditubuhkan, usaha-usaha penambahbaikan dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah cuba dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Penambahabaikan yang berterusan adalah perlu bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan supaya ia selari dengan tuntutan dan keperluan semasa.

 

Objektif

 

  1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan pembelajaran al-Quran kepada staf UPM, anak-anak staf UPM dan Masyarakat Kariah Serdang dengan mempelajari serta menghayatinya secara lebih mendalam;
  2. Memberikan bimbingan dan pendedahan berkenaan kaedah penyebutan huruf-huruf al-Quran dengan baik dan betul;
  • Memberikan bimbingan kearah pembacaan al-Quran mengikut aturan pembacaan dan tajwid yang betul;
  1. Memberikan bimbingan pembacaan al-Quran secara praktikal dengan baik dan berkesan.

 

Pelaksanaan Penambahabaikan

Secara amnya terdapat empat (4) pendekatan yang dicadangakan bagi menambah baik Kelas Pengajian Al-Quran Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia iaitu menerusi penyusunan semula kelas-kelas sedia ada mengikut kategori dan tahap, mewujudkan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Pengajian al-Quran, pelaksanaan Borang  Soal-selidik Majlis Ilmu dan pengenalan yuran Sumbangan bagi menggalakkan budaya menyumbang dan memberi.

 

Perincian pendekatan yang dicadangakan adalah seperti berikut:

  1. Penyusunan Semula Kelas-Kelas Sedia ada mengikut Kategori dan Tahap

 Penyusunan semula kelas-kelas sedia ada mengikut kategori dan tahap adalah perlu supaya pengajaran kelas lebih terfokus berdasarkan objektif dan matlamatyang disasarkan. Secara amnya terdapat dua (2) jenis Kelas pengajian al-Quran di Pusat Islam dan Masjid UPM iaitu Kelas Ta’alim al-Quran dan Kelas Tahsin al-Quran. Perincian penyususnan kelas berdasarkan kategori dan tahap.

  1.  Mewujudkan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Pengajian al-Quran

Kewujudan rekod pengajaran dan pembelajaran membolehkan maklumat tentang perjalanan kelas dapat diketahui dan dipantau pelaksanaannya dengan lebih berkesan. Maklumat yang boleh diperolehi meliputi kehadiran tenaga pengajar, pelajarn dan intipati pengajaran yang dilaksanakan pada setiap sesi pengajaran. Selain itu, rekod tersebut juga dapat membantu untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha membuat penambahbaiakan. Cadangan catatan rekod pengajaran dan pembelajaran kelas adalah seperti pada Lampiran 2.

  1. Pelaksanaan Borang Soal-selidik Majlis Ilmu

Pelaksanaan borang sebelum penilaian ini hanya didapati pada pelaksanaan kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan. Penggunaan borang ini dilihat berkesan untuk mendapatkan maklum balas peserta / pelajar yang menyertai program yang dianjurkan. Untuk kelas-kelas pengajian di Pusat Islam dan masjid UPM, penggunaan Borang Soal-selidik Majlis Ilmu boleh membantu penilaian dibuat dan mengenal pasti kelemahan seterusnya melaksanakan penambah baikan. Cadangan borang soal-selidik yang akan diguna pakai bagi kelas pengajian al-Quran adalah seperti pada Lampiran 3. Borang ini juga dicadangkan untuk diguna pakai dalam penilaian kelas-kelas lain yang dianjurkan. Soal-selidik ini dicadangkan pelaksanaannya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

  1. Yuran Sumbangan bagi Menggalakkan Budaya Menyumbang dan Memberi

Yuran sumbangan yang dicadangkan ialah sebanyak RM 36.00 setahun (RM 3 x 12 bulan) Meskipun jumlah yang dikenakan mungkin tidak besar, namun pengenalan yuran sumbangan ini adalah bertujuan menggalakkan budaya menyumbang dan memberi dalam usaha mengimarahkan aktiviti kegamaan dan kerohanian di Pusat Islam dan Masjid UPM. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berkemampuan, pengecualiaan adalah dicadangkan atau pemberian mengikut kadar kemampuan juga adalah diterima.

 

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN PUSAT ISLAM DAN MASJID UPM 

MENGIKUT KATEGORI DAN TAHAP

 

Perincian Kelas

 

  1. Kelas Ta’alim al-Quran

 

Kelas ini menyediakan perkhidmatan bimbingan serta pembelajaran bagi mereka yang ingin mempelajari    al-Quran di peringkat awal meliputi pengenalan huruf-huruf hijaiyyah, tanda-tanda dan bagaimana untuk menyebutnya. Kelas ini dibahagikan mengikut (2) dua kategori  iaitu:

 

  1. Kelas Ta’alim al-Quran Kanak-kanak / Remaja

 

Penyertaan                           :

Terbuka kepada anak-anak staf UPM dan Kariah Serdang yang masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah.

Pelaksanaan                         :

Bilangan maksimum 15 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing.

Hari / Masa                           :

07.30 malam – 08.30 malam (termasuk solat Maghrib berjamaah)

Tempat                                  :

Dewan Solat Masjid UPM / Pusat Sumber / Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti UPM.

Sukatan / Bahan Pengajaran :

Iqra’  1 – 6 / Muqaddam / al-Quran

 

 

 

 

  1. Kelas Ta’alim al-Quran Dewasa

 

Penyertaan                             :

Terbuka kepada staf UPM, anak-anak staf UPM dan Kariah Serdang.

Pelaksanaan                          :

Bilangan maksimum 15 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing.

Hari / Masa                             :

2 hari seminggu. (Isnin & Rabu) 05.30 malam – 06.30 malam.

Tempat                                   :

Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan         al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM

Sukatan / Bahan Pengajaran :

Iqra’ 1-6 / Muqaddam / al-Quran

 

  1. Kelas Tahsin al-Quran

 

  Kelas ini menyediakan perkhidmatan bimbingan serta pembelajaran bagi mereka yang ingin mendalami  pengajian Tajwid al-Quran. Kelas ini dibahagikan mengikut empat (4) tahap:

 

 

  1. Kelas Tahsin al-Quran Dewasa (Tahap 1)

 

Penyertaan                             :

Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang.

Pelaksanaan                          :

Bilangan maksimum 20 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing.

Hari / Masa                             :

2 hari seminggu. ( Isnin - Khamis )

05.30 malam – 06.30 malam.

Tempat                                   :

Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM

Sukatan / Bahan Pengajaran :

Pengenalan kepada Ilmu Tajwid

Hukum Nun Mati dan Tanwin

Hukum Mim Mati, 

Hukum Nun dan Mim Bersabdu dan 

Hukum Lam al-Ta'rif

 

 

 

 

 

  1. Kelas Tahsin al-Quran Dewasa (Tahap 2)

Penyertaan     :

Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang.

Pelaksanaan  :

Bilangan maksimum 20 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing.

Hari / Masa     :

2 hari seminggu. (Isnin- Khamis)

5.30 petang – 6.30 petang.

Tempat           :

Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan         al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM

Sukatan / Bahan Pengajaran :

Hukum Bacaan Mad , Waqaf dan Ibtida',

Hamzah Wasal dan Hamzah Qata' dan Idgham Muthamathilain, Mutaqaribain dan Mutajanisain.

 

 

  • Kelas Tahsin al-Quran Dewasa (Tahap 3)

 

Penyertaan     :

Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang.

Pelaksanaan  :

Bilangan maksimum 20 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing.

Hari / Masa     :

2 hari seminggu. (Isnin- Khamis)

5.30 petang – 6.30 petang.

Tempat           :

Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan         al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM

Sukatan / Bahan Pengajaran :

Makhraj (sebutan) Huruf, Sifat-sifat (Ciri-ciri) Huruf, Bacaan Tebal (Tafqim) dan Tipis (Tarqiq)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Kelas Tahsin al-Quran Dewasa (Tahap 4: Halaqah Talaqqi bil al-Mushafahah)

 

Penyertaan     :

Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang.

Pelaksanaan  :

Bilangan maksimum 15 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing.

Hari / Masa     :

2 hari seminggu. (Isnin- Khamis)

5.30 petang – 6.30 petang.

Tempat           :

Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan         al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM

Sukatan / Bahan Pengajaran :

Al-Quran: Halaqah Talaqqi bil               al-Mushafahah

Updated:: 14/10/2019 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
C1571728227