Kursus Asas Haji Bersiri | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» PENDIDIKAN DAN KELAS PENGAJIAN » KURSUS/BENGKEL/SEMINAR » Kursus Asas Haji Bersiri

Kursus Asas Haji Bersiri

 

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS ASAS HAJI (KAH)

1.     PENGENALAN KAH

Kursus Asas Haji (KAH) adalah kursus pengenalan kepada ibadat haji, umrah dan ziarah. Kursus ini mengambil masa selama 17 sesi berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. Setiap siri mengambil masa selama 2 jam dan diadakan bermula dari bulan Rabiul Awal hingga Jamadil Akhir.

KAH terbuka kepada semua umat Islam yang berminat untuk mempelajari ilmu ibadat haji dan umrah serta hal ehwal pengurusan haji di Malaysia. Kursus ini diadakan di masjid-masjid yang terpilih antaranya masjid UPM di peringkat daerah seluruh negeri di Malaysia secara kerjasama antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji.
               
2.     OBJEKTIF KAH

Objektif KHB seperti berikut  :

2.1    Memberi pendedahan dan panduan ibadat haji dan umrah kepada bakal haji serta perkara berkaitan dengan Pengurusan Haji  dan penjagaan kesihatan;
2.2    sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci;
2.3    membantu mendapat haji mabrur. 

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS INTENSIF HAJI (KIH)

1.          PENGENALAN KIH

 Kursus Intensif Haji (KIH) adalah lanjutan daripada Kursus Asas Haji. Ia dilaksanakan selama dua (2) hari dengan memberi penekanan kepada tajuk-tajuk khusus seperti jenis haji dan cara pelaksanaannya. Kursus ini diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban.

Peserta kursus terdiri daripada mereka yang telah terpilih dan kategori calon menunggu menunaikan haji pada tahun semasa. Peserta akan ditetapkan mengikut pecahan kumpulan dalam jumlah antara 100-150 orang dalam setiap kumpulan, mereka diwajibkan hadir ke kursus ini.

Kursus ini diadakan di dewan atau masjid yang terpilih di setiap daerah. Kursus ini diadakan sebelum Kursus Khas Haji .

2.          OBJEKTIF KHI

Matlamat KHI ialah:

i.      Memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih khususnya mengenai jenis dan cara pelaksanaan haji;

ii.      Melahirkan jemaah haji yang mempunyai pengetahuan yang mantap dan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna; dan

iii.     membantu mendapat haji yang mabrur.  

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS KHAS HAJI (KKH)

1.          PENGENALAN KKH

Kursus Khas Haji  (KKH) adalah kursus lanjutan daripada Kursus Intensif Haji. Ia dilaksanakan selama satu (1) hari dengan memberi penekanan kepada sesi amali ibadat haji.

Peserta kursus seperti berikut :

i.   Mereka yang tidak tahu membaca dan menulis serta  yang dan gagal dalam sesi ujian kefahaman sesi kedua dalam Kursus Intensif Haji (39% ke bawah);

ii.  mereka yang

Kursus ini diadakan di dewan atau masjid yang terpilih di setiap daerah. Kursus ini diadakan sebelum Kursus Perdana Haji. 

 2.          OBJEKTIF KKH

 Objektif  KKH ialah:

 i.   Memberi pendedahan secara langsung cara mengerjakan haji melalui amali kepada warga emas dan mereka yang tidak dapat menulis dan membaca; dan

ii.   melatih secara praktikal amalan haji dengan pelajaran seimbang ke arah keberkesanan bimbingan ibadat haji kepada jemaah haji yang terbabit.

PENGENALAN DAN OBJEKTIF KURSUS PERDANA HAJI (KPH)

1.  PENGENALAN KPH

Kursus Perdana Haji (KPH) adalah kursus terakhir yang akan diikuti oleh jemaah haji Malaysia. Ia dilaksanakan selama satu hari setengah (1½ hari) dengan memberi penekanan amali ibadat, seperti tawaf, sa’ie, wuquf, mabit dan melontar.

Kursus dilaksanakan pada bulan Syawal di peringkat pejabat TH negeri. Walau bagaimanapun bagi negeri Malaysia Timur, disebabkan oleh faktor geografi dan kemudahan pengangkutan yang terhad, pelaksanaannya dibuat diperingkat daerah iaitu dalam bentuk Taklimat Haji Perdana selama satu hari sahaja. Peserta kursus terdiri daripada mereka yang terpilih menunaikan haji pada tahun semasa.

2.          OBJEKTIF KPH

Objektif KHP ialah :

i       Melahirkan jemaah haji yang mempunyai pengetahuan yang   mantap dari sudut ibadat, khususnya amali ibadat haji sebagai persiapan terakhir sebelum berangkat ke Tanah Suci;

ii       mendedahkan kepada peserta kursus suasana dan persekitaran jemaah haji yang ramai semasa melaksanakan ibadat haji;

iii      memberi maklumat mutakhir berhubung pengurusan haji sama ada di tanah air atau Tanah Suci.

Updated:: 23/09/2019 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
C1571724502