Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah | PUSAT ISLAM
» PERKHIDMATAN DAN PRASARANA » PENGURUSAN JENAZAH » Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah

Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah

 

TUJUAN

Tujuan penubuhan tabung ialah:
1. Mengumpul sumbangan sukarela staf UPM menerusi caruman secara potongn gaji bulanan.
2.Memberi bantuan musibah kepada tanggungan staf apabila staf UPM mengalami musibah kematian.
3.Memberi bantuan musibah kepada staf UPM apabila berlaku kematian ahli keluarga (ahli keluarga ialah sebagaimana dinyatakan dan mengikut Skim Perubatan UPM di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SUMBANGAN KEPADA TABUNG

 Sumbangan bulanan staf beragama Islam kepada tabung ini:

  1. Staf Kumpulan sokongan – minimum RM 2.00 sebulan
  2. Staf kumpulan Pengurusan dan  Profesional  – minimum RM5.00 sebulan
  3. Staf yang ingin mencarum lebih sangat dialu-alukan

Ahli yang mencarum ke dalam Tabung Bantuan ini akan mendapat tanggungan belanja mengurus jenazah sebanyak RM 1500.00  apabila mengalami musibah kematian. Bayaran akan dibuat kepada waris ahli.Tanggungan belanja mengurus Jenazah  ini meliputi kematian ahli keluarga pegawai UPM sebagaimana tanggungan di bawah skim perubatan UPM di dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkuatkuasa.  Bagi ahli keluarga ianya termasuk Ibu/Bapa mertua staf.Kadar tanggungan yang diberikan adalah berpandukan jadual berikut.

BADAN KHAIRAT KEMATIAN:

1 ) Tabung Amanah Bantuan Pengurusan Jenazah Pegawai UPM -bagi staf UPM yang menjadi ahli
2)  Badan Khairat Kematian Serdang – Bagi Penduduk kariah serdang dan staf UPM yang menjadi ahli

 KADAR BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH

Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah Pegawai Islam UPM

(Staf UPM Sahaja)

KADAR BANTUAN

Badan Khairat Kematian
Serdang
Penduduk kariah Serdang dan Staf UPM yang menjadi ahli

KADAR BANTUAN

  1. Pegawai yang mencarum

RM 1,500.00

  1. Pegawai yang mencarum

RM 860.00

  1. Suami/isteri pegawai

RM 1,000.00

  1. Suami/isteri pegawai

RM 860.00

  1. Ibubapa pegawai

RM 800.00

  1. Ibubapa pegawai

RM 430.00

  1. Anak pegawai

RM 500.00

  1. Ibubapa Mertua

RM 430.00

 

 

  1. Anak Pegawai

RM 430.00




BORANG-BORANG CARUMAN DAN TUNTUTAN TABUNG PENGURUSAN JENAZAH :

1.BORANG PENDAFTARAN MENJADI AHLI ( STAF SAHAJA )  

2.BORANG TUNTUTAN PENGURUSAN JENAZAH ( STAF ATAU AWAM) 

BORANG -BORANG BERKAITAN :

1.BORANGB MAKLUMAT KEMATIAN

2.BORANG PENILAIAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN JENAZAH 



 

  

Kemaskini:: 07/08/2019 [fahmi_mukhid]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
B1566279341