Darussyifa’ merupakan satu nama sebuah pertubuhan perubatan Islam yang berpusat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Berdasarkan kepada sambutan dan cawangannya di merata negara, ia boleh dikatakan dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Amalan dan kaedah rawatannya berasaskan kepada ayat-ayat suci al-Qur’an, amalan-amalan daripada Sunnah Nabi s.a.w. dan doa-doa yang sah di sisi syarak. Darussyifa’ adalah satu satunya badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mendapat pelesenan dari Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2013 dan kini Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Perubatan.
Dengan tertubuhnya PRK Darussyifa’ UPM, maka ia akan mempermudahkan dan melancarkan lagi pergerakan ahli-ahli Darussyifa’ warga UPM dan masyarakat sekitarnya untuk menangani masalah dan gangguan kerohanian yang berlaku di sini. Justifikasi penubuhan PRK Darussyifa’ UPM adalah seperti berikut :
Memudahkan pelajar, staf dan masyarakat setempat mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang tepat mengikut kaedah syara’ yang betul.
Membina jaringan dakwah Islam melalui pengembangan ilmu Pengubatan Islam.
Menghidupkan majlis zikir mengikut kaedah dan amalan Darussyifa’
Menghimpunkan semula semua ahli Darussyifa’ warga UPM dan masyarakat setempat dan mengeratkan hubungan untuk memastikan amalan ilmu rawatan Islam dipraktikkan.
Realiti masalah sebenar yang berlaku di UPM
Histeria dan kerasukan boleh berlaku secara tiba-tiba, tidak mengira waktu atau tempat, walaubagaimanapun pesakit ini boleh dijangka berdasarkan keadaan pesakit dan sejarah perubatannya. Sewajarnya PRK DS Syifa’ harus diwujudkan bagi memudahkan proses perawatan jika ia berlaku.
Pesakit tidak dapat dikenal pasti punca penyakit oleh Pegawai Perubatan setelah membuat pemeriksaan. PRK DS Syifa’ boleh membantu jika pesakit telah membuat pemeriksaan di mana mana Hospital dan Klinik.
Bahagian Kaunseling menerima pesakit yang tidak mempunyai masalah psikologi, sebaliknya mempunyai masalah gangguan. PRK Daru Syifa’ boleh melengkapkan keperluan yang ada untuk sama sama mencari solusi maslaah yang dihadapi.
Sesetengah premis yang mempunyai masalah gangguan seperti kewujudan kelibat, kedengaran bunyi seperti taip komputer, main guli, kerusi bergerak, suara mengilai dan lain-lain. PRK DS Syifa’ boleh membantu PTJ berkenaan jika perkara itu berlaku.
Ada dalam kalangan pesakit staf atau pelajar yang mendapatkan rawatan bomoh yang berunsurkan khurafat dan menghabiskan beribu ribu ringgit malah bertambah sakit. Darussyifa’ adalah satu satunya badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mendapat pelesenan dari Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2013. Staf atau pelajar boleh terus merujuk kepada PRK Darus Syifa’ jika memerlukan.
Ada dalam kalangan staf UPM perawat Darussyifa’ yang bertauliah dipanggil secara tiba-tiba untuk merawat masalah gangguan di UPM. Memudahkan pelajar, staf dan masyarakat setempat mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang tepat mengikut kaedah syara’ yang betul.
PRK Darussyifa’ di Masjid UPM telah dibawa dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti ke 626 pada 29 November 2019 MINIT 626.05(c).