Sahabat Masjid ditubuhkan dengan matlamat untuk menyemarakkan penyertaan sumbangan dan khidmat bakti menerusi pembentukan pasukan-pasukan sukarela yang bersifat Community Oriented Policing yang dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat dari kalangan remaja, belia dan dewasa dan meliputi mahasiswa, staf, ahli kariah dan persatuan-persatuan dalam kampus.
Menggerakkan usaha dan pelaksanaan pengimarahan masjid dan pembinaan modal insan menerusi aktiviti-aktiviti keilmuan dan pemantapan sahsiah.