OBJEKTIF SAHABAT MASJID UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» SAHABAT MASJID UPM » OBJEKTIF SAHABAT MASJID UPM

OBJEKTIF SAHABAT MASJID UPM

OBJEKTIF PENUBUHAN SAHABAT MASJID UPM

  1. Untuk mengembeling jaringan pemuafakatan warga kampus dan komuniti Serdang menerusi ikatan persahabatan dan penglibatan dalam pengimarahan masjid.

  2. Sahabat Masjid menjadi sebagai salah satu wadah dalam penyertaan ahlinya dalam program-program khidmat masyarakat berbentuk sukarelawan ke arah usaha mendidik dan menyemai nilai keikhlasan serta  menyemarak semangat pengorbanan dalam diri komuniti dan masyarakat.
  3. Sebagai tenaga  sukarelawan dalam setiap aktiviti Masjid dan Pusat Islam UPM sama ada berbentuk program pengimarahan masjid seperti penyebaran ilmu, pendidikan, pemantapan sahsiah dan pembangunan modal insan, kebajikan serta kemasyarakatan.

  4. Untuk membentuk modal insan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan disiplin yang tinggi.

  5. Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan menggalakkan khidmat bakti bagi pembangunan diri dan masyarakat serta pembangunan institusi Masjid.

  6. Untuk memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu membantu, pengorbanan dan muhibbah sesama ahli serta berganding bahu dengan pihak masjid UPM dalam usaha melaksanakan program-program pengimarahan masjid dan pembangunan modal insan.
  7. Sebagai saluran maklum balas dan mendapatkan idea serta cadangan ke arah usaha mempertingkatkan dan menambahbaik aktiviti pembangunan modal insan dan pengimarahan masjid.

Updated:: 23/09/2022 [asmunir]

MEDIA SHARING

BWJXTA:19:41