Menghantar Jenazah ke tanah perkuburan/kariah waris
Pengkebumian Jenazah di Tanah Perkuburan Serdang/kariah waris
Membaca talkin
Membaca Tahlil
Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah
TUJUAN
Tujuan penubuhan tabung ialah:
1.Mengumpul sumbangan sukarela staf UPM menerusi caruman secara potongn gaji bulanan.
2.Memberi bantuan musibah kepada tanggungan staf apabila staf UPM mengalami musibah kematian.
3.Memberi bantuan musibah kepada staf UPM apabila berlaku kematian ahli keluarga (ahli keluarga ialah sebagaimana dinyatakan dan mengikut Skim Perubatan UPM di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Talian 24 JAM
Untuk pengurusan jenazah warga UPM.Hubungi talian (24 jam ) :
011-3740 5331( Ust Mursyid) Staf / Pelajar
019-3959 509 (Ust Firdaus) Staf / Pelajar
019-387 5700 (hj Osman) Kariah / Awam
SUMBANGAN KEPADA TABUNG
Sumbangan bulanan staf beragama Islam kepada tabung ini:
Staf Kumpulan sokongan – minimum RM 2.00 sebulan
Staf kumpulan Pengurusan dan Profesional – minimum RM5.00 sebulan
Staf yang ingin mencarum lebih sangat dialu-alukan
Ahli yang mencarum ke dalam Tabung Bantuan ini akan mendapat tanggungan belanja mengurus jenazah sebanyak RM 1800.00 apabila mengalami musibah kematian. Bayaran akan dibuat kepada waris ahli.Tanggungan belanja mengurus Jenazah ini meliputi kematian ahli keluarga pegawai UPM sebagaimana tanggungan di bawah skim perubatan UPM di dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkuatkuasa. Bagi ahli keluarga ianya termasuk Ibu/Bapa mertua staf.Kadar tanggungan yang diberikan adalah berpandukan jadual berikut.
BADAN KHAIRAT KEMATIAN:
1 ) Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah Pegawai UPM -bagi staf UPM yang menjadi ahli khairat