https://ttsreader.com/ https://www.naturalreaders.com/online/
Pengenalan Latar belakang Kelas
Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Membacanya adalah merupakan satu ibadah. Ia juga merupakan panduan kehidupan. Penguasaan terhadap ilmu-ilmu berkaitan al-Quran merupakan satu keperluan yang sangat penting sebagai bekalan di dunia dan akhirat. Oleh itu penguasaan masyarakat terhadap al-Qur'an perlu diperluaskan dan dipertingkatkan. Menyedari perkara ini Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia merasa bertanggungjawab untuk menjadi salah satu institusi yang berperanan memperluas dan mempertingkatkan pendidikan al-Quran di kalangan masyarakat Islam di sekitarnya dan di Malaysia amnya. Sejak Pusat Islam UPM ditubuhkan, usaha-usaha penambahbaikan dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah cuba dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Penambahabaikan yang berterusan adalah perlu bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan supaya ia selari dengan tuntutan dan keperluan semasa.
Objektif
Pelaksanaan Penambahabaikan
Secara amnya terdapat empat (4) pendekatan yang dicadangakan bagi menambah baik Kelas Pengajian Al-Quran Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia iaitu menerusi penyusunan semula kelas-kelas sedia ada mengikut kategori dan tahap, mewujudkan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Pengajian al-Quran, pelaksanaan Borang Soal-selidik Majlis Ilmu dan pengenalan yuran Sumbangan bagi menggalakkan budaya menyumbang dan memberi.
Perincian pendekatan yang dicadangakan adalah seperti berikut:
Penyusunan semula kelas-kelas sedia ada mengikut kategori dan tahap adalah perlu supaya pengajaran kelas lebih terfokus berdasarkan objektif dan matlamatyang disasarkan. Secara amnya terdapat dua (2) jenis Kelas pengajian al-Quran di Pusat Islam dan Masjid UPM iaitu Kelas Ta’alim al-Quran dan Kelas Tahsin al-Quran. Perincian penyususnan kelas berdasarkan kategori dan tahap.
Kewujudan rekod pengajaran dan pembelajaran membolehkan maklumat tentang perjalanan kelas dapat diketahui dan dipantau pelaksanaannya dengan lebih berkesan. Maklumat yang boleh diperolehi meliputi kehadiran tenaga pengajar, pelajarn dan intipati pengajaran yang dilaksanakan pada setiap sesi pengajaran. Selain itu, rekod tersebut juga dapat membantu untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha membuat penambahbaiakan. Cadangan catatan rekod pengajaran dan pembelajaran kelas adalah seperti pada Lampiran 2.
Pelaksanaan borang sebelum penilaian ini hanya didapati pada pelaksanaan kursus, bengkel dan seminar yang dianjurkan. Penggunaan borang ini dilihat berkesan untuk mendapatkan maklum balas peserta / pelajar yang menyertai program yang dianjurkan. Untuk kelas-kelas pengajian di Pusat Islam dan masjid UPM, penggunaan Borang Soal-selidik Majlis Ilmu boleh membantu penilaian dibuat dan mengenal pasti kelemahan seterusnya melaksanakan penambah baikan. Cadangan borang soal-selidik yang akan diguna pakai bagi kelas pengajian al-Quran adalah seperti pada Lampiran 3. Borang ini juga dicadangkan untuk diguna pakai dalam penilaian kelas-kelas lain yang dianjurkan. Soal-selidik ini dicadangkan pelaksanaannya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Yuran sumbangan yang dicadangkan ialah sebanyak RM 36.00 setahun (RM 3 x 12 bulan) Meskipun jumlah yang dikenakan mungkin tidak besar, namun pengenalan yuran sumbangan ini adalah bertujuan menggalakkan budaya menyumbang dan memberi dalam usaha mengimarahkan aktiviti kegamaan dan kerohanian di Pusat Islam dan Masjid UPM. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berkemampuan, pengecualiaan adalah dicadangkan atau pemberian mengikut kadar kemampuan juga adalah diterima.
KELAS PENGAJIAN AL-QURAN PUSAT ISLAM DAN MASJID UPM
MENGIKUT KATEGORI DAN TAHAP
Perincian Kelas
Kelas ini menyediakan perkhidmatan bimbingan serta pembelajaran bagi mereka yang ingin mempelajari al-Quran di peringkat awal meliputi pengenalan huruf-huruf hijaiyyah, tanda-tanda dan bagaimana untuk menyebutnya. Kelas ini dibahagikan mengikut (2) dua kategori iaitu:
Penyertaan : |
Terbuka kepada anak-anak staf UPM dan Kariah Serdang yang masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah. |
Pelaksanaan : |
Bilangan maksimum 15 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing. |
Hari / Masa : |
07.30 malam – 08.30 malam (termasuk solat Maghrib berjamaah) |
Tempat : |
Dewan Solat Masjid UPM / Pusat Sumber / Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam Universiti UPM. |
Sukatan / Bahan Pengajaran : |
Iqra’ 1 – 6 / Muqaddam / al-Quran |
Penyertaan : |
Terbuka kepada staf UPM, anak-anak staf UPM dan Kariah Serdang. |
Pelaksanaan : |
Bilangan maksimum 15 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing. |
Hari / Masa : |
2 hari seminggu. (Isnin & Rabu) 05.30 malam – 06.30 malam. |
Tempat : |
Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM |
Sukatan / Bahan Pengajaran : |
Iqra’ 1-6 / Muqaddam / al-Quran |
Kelas ini menyediakan perkhidmatan bimbingan serta pembelajaran bagi mereka yang ingin mendalami pengajian Tajwid al-Quran. Kelas ini dibahagikan mengikut empat (4) tahap:
Penyertaan : |
Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang. |
Pelaksanaan : |
Bilangan maksimum 20 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing. |
Hari / Masa : |
2 hari seminggu. ( Isnin - Khamis ) 05.30 malam – 06.30 malam. |
Tempat : |
Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM |
Sukatan / Bahan Pengajaran : |
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid Hukum Nun Mati dan Tanwin Hukum Mim Mati, Hukum Nun dan Mim Bersabdu dan Hukum Lam al-Ta'rif |
Penyertaan : |
Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang. |
Pelaksanaan : |
Bilangan maksimum 20 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing. |
Hari / Masa : |
2 hari seminggu. (Isnin- Khamis) 5.30 petang – 6.30 petang. |
Tempat : |
Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM |
Sukatan / Bahan Pengajaran : |
Hukum Bacaan Mad , Waqaf dan Ibtida', Hamzah Wasal dan Hamzah Qata' dan Idgham Muthamathilain, Mutaqaribain dan Mutajanisain. |
Penyertaan : |
Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang. |
Pelaksanaan : |
Bilangan maksimum 20 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing. |
Hari / Masa : |
2 hari seminggu. (Isnin- Khamis) 5.30 petang – 6.30 petang. |
Tempat : |
Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM |
Sukatan / Bahan Pengajaran : |
Makhraj (sebutan) Huruf, Sifat-sifat (Ciri-ciri) Huruf, Bacaan Tebal (Tafqim) dan Tipis (Tarqiq) |
Penyertaan : |
Terbuka kepada staf UPM dan Kariah Serdang. |
Pelaksanaan : |
Bilangan maksimum 15 orang pelajar setiap kumpulan dengan seorang guru pembimbing. |
Hari / Masa : |
2 hari seminggu. (Isnin- Khamis) 5.30 petang – 6.30 petang. |
Tempat : |
Dewan Solat Majid UPM / Dewan Ibnu Sina / Dewan al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti UPM |
Sukatan / Bahan Pengajaran : |
Al-Quran: Halaqah Talaqqi bil al-Mushafahah |
Juga terdapat kelas - kelas lain seperti :
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian :
Pejabat Am : 039769 8588 (Ustazah Siti Rohani Muhammad)
Updated:: 04/07/2023 [asmunir]
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum