SOALAN
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan pembahagian pusaka. Saya ada dengar yang perempuan boleh menghabiskan harta pusaka tanpa ada waris lelaki, bukankah ada harta ke baitulmal kalau hanya tinggal waris-waris perempuan iaitu isteri, anak perempuan dan kakak?
RINGKASAN JAWAPAN
Waris perempuan boleh mewarisi secara asabah dengan dua cara iaitu:
Oleh itu, apabila tiada waris lelaki yang layak atau terhalang daripada menerima asabah, maka berdasarkan soalan, kakak (saudara perempuan seibu sebapa) akan menerima asabah dan mengambil baki setelah dibahagikan harta pusaka kepada waris fardu iaitu isteri dan anak perempuan.
HURAIAN JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.
Pembahagian harta pusaka orang Islam dibahagikan secara faraid setelah diselesaikan segala pengurusan jenazah, hutang dan wasiatnya berdasarkan firman Allah SWT:
Ù…ÙÙ†Û¢ بَعْد٠وَصÙيَّة٠يÙوصÙÙ‰ بÙهَآ أَوْ دَيْن٠ۗ
Maksudnya: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.”
Surah al-Nisa’ (11)
Ahli waris yang layak menerima harta pusaka akan mewarisi sama ada secara fardu atau asabah. Fardu ialah kadar bahagian daripada harta pusaka yang telah ditetapkan oleh syarak kepada waris. Antara waris fardu yang mempunyai bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak mengikut keadaan-keadaannya ialah:
Manakala cara pewarisan kedua ialah asabah yang umumnya bermaksud ahli keluarga lelaki. Dari sudut istilah faraid pula, asabah ialah waris yang mewarisi sama ada mengambil semua bahagian atau baki setelah dibahagikan kepada bahagian waris fardu. Dalam beberapa keadaan, mewarisi secara asabah tidak mendapat apa-apa harta sekiranya tiada baki selepas pembahagian kepada waris fardu. Sekiranya terdapat ramai waris lelaki yang layak menerima asabah, maka akan diutamakan waris asabah yang paling dekat dengan si mati. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
أَلْØÙÙ‚Ùوا الْÙَرَائÙضَ بÙأَهْلÙهَا، Ùَمَا بَقÙÙŠÙŽ ÙÙŽÙ‡ÙÙˆÙŽ Ù„Ùأَوْلَى رَجÙل٠ذَكَرÙ
Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak di kalangan ahli waris sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamu yang lebih berhak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Secara umumnya, waris lelaki akan mewarisi harta pusaka secara asabah dinamakan asabah bi al-nafsi kecuali suami dan saudara lelaki seibu kerana mereka ialah waris fardu yang masing-masing mempunyai bahagian tertentu. Antara waris yang mendapat bahagian faraid secara asabah bi al-nafsi adalah menurut turutan berikut:
Oleh yang demikian, dapat diketahui bahawa terdapat dalam golongan waris lelaki yang akan mendapat harta pusaka secara asabah selain fardu seperti bapa dan datuk.
Namun begitu, waris perempuan yang merupakan waris fardu juga akan mewarisi secara asabah dalam dua keadaan berikut:
Waris perempuan akan mewarisi secara asabah bersama saudara (adik beradik) lelaki yang sedarjat dengannya seperti anak perempuan dan anak lelaki, cucu perempuan dan cucu lelaki, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara lelaki seibu sebapa serta saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki sebapa
Dalam keadaan ini, golongan tersebut akan berkongsi bahagian dengan kadar bahagian lelaki bersamaan dua kadar bahagian perempuan berdasarkan firman Allah SWT:
Ù„Ùلذَّكَر٠مÙثْل٠Øَظّ٠ٱلْأÙنثَيَيْنÙ
Maksudnya: “Bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”
Surah al-Nisa’ (11)
Saudara perempuan seibu sebapa atau saudara perempuan sebapa akan mewarisi secara asabah apabila bersama anak perempuan, cucu perempuan atau kedua-duanya sekali. Perkara ini berdasarkan hadis Ibn Mas’ud RA apabila ditanya berkenaan pewarisan anak perempuan, cucu perempuan dan saudara perempuan:
أَقْضÙÙŠ ÙÙيهَا بÙمَا قَضَى النَّبÙيّ٠صَلَّى الله٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ: Ù„Ùلْابْنَة٠النّÙصْÙÙØŒ ÙˆÙŽÙ„Ùابْنَة٠ابْن٠السّÙدÙس٠تَكْمÙÙ„ÙŽØ©ÙŽ الثّÙÙ„ÙثَيْنÙØŒ وَمَا بَقÙÙŠÙŽ ÙÙŽÙ„ÙلْأÙخْتÙ
Maksudnya: “Hukum yang saya putuskan dalam keadaan ini sama seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW iaitu satu perdua adalah untuk anak perempuan dan satu per enam untuk anak perempuan daripada anak lelaki kerana kedua-dua bahagian itu menjadikan dua pertiga bahagian; dan selebihnya untuk saudara perempuan.”
Riwayat a-Bukhari
Oleh itu, sekiranya terdapat ahli keluarga meninggal dunia dan hanya mempunyai waris perempuan sahaja seperti isteri, anak perempuan dan kakak (saudara perempuan seibu sebapa), maka kakak akan mendapat pewarisan secara asabah dan mengambil baki selepas diberikan bahagian isteri iaitu satu per lapan dan bahagian anak perempuan satu per dua. Perkara ini berlaku sekiranya tiada waris lelaki lain yang mewarisi secara asabah semasa kematian berlaku iaitu bapa, datuk, anak lelaki dan adik beradik lelaki seibu sebapa.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syarbaji. (1992). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik: Dar al-Qalam. Jilid 5, Hlmn, 82-98
والÙرض اصطلاØاً هو النصيب المقدر شرعاً للوارث
إن العصبة، هم قرابة الرجل الذكور، سموا بذلك لإØاطتهم به، وقوته بهم
إن العصبة شرعاً: هو من يستØÙ‚ كل المال إذا انÙراد، ويأخذ ما أبقاه أصØاب الÙروض بعد أخذهم Ùروضهم، وإذا لم يبق شئ بعد أصØاب الÙروض سقط ولم يستØÙ‚ شيئاً
Ibid. Hlmn. 98-99
العصبة بالنسب هم كل الذكور، الذين مر ذكرهم ÙÙŠ بØØ« (الوارثون من الرجال)ØŒ ولا يستثنى منهم إلا الزوج، والأخ من الأم، Ùإنهما من أصØاب الÙروض Ùقط، ولا يكونان عصبة. Ùالأب، والجد، والابن، وابن الابن، والأخ الشقيق، ومن الأب، وابن الأخ الشقيق، ومن الأب، والعم الشقيق، ومن الأب، وابن العم الشقيق، ومن الأب، Ùهؤلاء كلهم عصبات، يرث كل واØد منهم بالتعصيب، وإن كان بعضهم يأخذ بالÙرض Ø£Øياناً، كالأب والجدّ.
Ibid. Hlmn. 101
والعصبة بالغير Ù…Øصورة ÙÙŠ أصØاب الثلثين والنص٠مع إخوتهن. وهن: البنات مع الابن، بنات الابن مع ابن الابن، الأخوات الشقيقات مع الأخ الشقيق، الأخوات لأب مع الأخ لأب.
Muhammad bin Ahmad al-Ramli. (1984). Nihayah al-Muhtaj. Beirut: Dar al-Fikr. Jilid 6 Hlmn 22.
(وَالْأَخَوَاتÙ) أَوْ الْأÙخْت٠(Ù„Ùأَبَوَيْن٠أَوْ Ù„Ùأَب٠مَعَ) الْبÙنْت٠أَوْ (الْبَنَات٠أَوْ) مَعَ بÙنْت٠الÙابْن٠أَوْ (بَنَات٠الÙابْن٠عَصَبَةٌ كَالْإÙخْوَةÙ) إجْمَاعًا
Date of Input: 27/02/2023 | Updated: 06/02/2024 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum