SOALAN LAZIM | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PENDAFTARAN KURSUS / BENGKEL / SEMINAR
1
Bagaimanakah caranya untuk menyertai kursus/bengkel/seminar yang di anjurkan oleh Pusat Islam UPM?

Untuk menyertai kursus/bengkel/seminar yang dianjurkan oleh Pusat Islam, pendaftaran untuk menyertainya boleh dibuat melalui laman web pendaftaran online Pusat Islam UPM (sppi) link seperti berikut : 

  • https://pic.upm.edu.my/permohonan_online-2152 
  • Dengan mengisi borang bernombor tiga (3) iaitu borang :
  • Pendaftaran mengikuti kursus/bengkel,seminar Pusat Islam
  •   Atau boleh di muat turun dilaman web rasmi Pusat Islam di halaman muat turun dokumen. 
  • https://pic.upm.edu.my/faildokumen
  •   Atau boleh dapatkannya di Pejabat Am Pusat Islam UPM Serdang Selangor. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian: 03-9769 8588    


    PERKHIDMATAN BACAAN DOA RASMI
    2
    Bagaimanakah cara memohon perkhidmatan bacaan doa rasmi Pusat Islam UPM?

    Permohonan boleh dibuat melalui permohonan online di:

  • http://www.sppi.upm.edu.my/urus/?m=G1D&s=0 
  • Atau boleh muat turun dokument di laman sesawang Pusat Islam di: 
  • https://pic.upm.edu.my/faildokumen.
  • Atau boleh terus ke Pejabat Am Pusat Islam untuk mendapatkan boring permohonan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian : 03- 9769 8588/ fax : 03-9769 3640 / email : piu_staf@upm.edu.my  

    3
    Apakah syarat permohonan perkhidmatan bacaan doa Pusat Islam?

    Antara syarat yang perlu pemohon pastikan , antaranya adalah :

  • Permohonan haruslah dibuat seminggu sebelum majlis /program berlangsung.
  • Sertakan tentatif penuh, nama program jumlah kehadiran dan nama dan jawatan VIP/ VVIP yang hadir.
  • Bahasa pengantar bagi doa tesebut.
  • Tidak diselangi dengan acara yang bertentangan etika dan ajaran Islam.
  •  


    KURSUS PRA PERKAHWINAN
    4
    Bagaimanakah caranya untuk menyertai kursus pra perkahwinan yang di anjurkan oleh Pusat Islam UPM?

    Untuk menyertai kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Pusat Islam, Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web pendaftaran online Pusat Islam UPM (sppi) link seperti berikut :

  •  https://pic.upm.edu.my/permohonan_online-2152 dengan mengisi borang bernombor tiga (3) iaitu borang : 
  • pendaftaran mengikuti kursus/bengkel,seminar pusat islam  
  • Atau boleh di muat turun dilaman web rasmi Pusat Islam di halaman muat turun dokumen . 
  • Https://pic.upm.edu.my/faildokumen  
  • Atau boleh dapatkannya di Pejabat Am Pusat Islam UPM Serdang. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian: 03-9769 8588    

    5
    Apakah syarat untuk menyertai kursus pra perkahwinan yang di anjurkan di Pusat Islam UPM

    Antara syarat penting yang harus diketahui adalah, kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Pusat Islam UPM hanya terhad kepada staf semasa dan pelajar UPM ( pelajar semasa sahaja). Adapun anak staf UPM atau staf yang telah berpencen atau penduduk setempat adalah tidak layak untuk menyertai kursus tersebut.Namun boleh dipertimbangkan dengan kes-kes tertentu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian :

  • Tel : 03- 9769 8588/
  • Fax : 03-9769 3640 /
  • E-mail : piu_staf@upm.edu.my  
  •    

    6
    Berapakah kekerapan kursus pra perkahwinan yang di anjurkan oleh Pusat Islam UPM?

    Pusat Islam UPM menganjurkan kursus tersebut dalam beberapa siri setahun mengikut kepada had jumlah peserta yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dalam setahun Pusat Islam akan menganjurkan sebanyak 2 Siri kursus yang akan dimaklumkan di laman web atau media sosial Pusat Islam UPM.

    7
    Berapakah yuran penyertaan kursus pra perkahwinan anjuran Pusat Islam UPM?

    Yuran pendaftaran adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari semasa ke semasa. Namun setakat ini, pihak Pusat Islam mengenakan yuran yang di tetapkan oleh JAIS masih di bawah RM 100.00 termasuk sijil. Kursus hanya berlangsung selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Namun yuran tersebut boleh ditentukan mengikut budi bicara Pusat Islam UPM.


    PERKHIDMATAN PENGURUSAN JENAZAH
    8
    Bagaimanakah cara untuk memohon perkhidmatan pengurusan jenazah di Masjid UPM?

    Anda boleh mendapatkan perkhidmatan Pengurusan Jenazah Masjid UPM dengan menghubungi talian (24 jam) tersebut seperti berikut :

  • Ustaz Alif Mursyid : 011-3740 5331 (staf/pelajar upm)
  • Ustaz Firdaus Abd Rashid : 019-3959 509 (staf/pelajar upm)
  • Tuan Haji Osman : 019-387 5700 (ahli kariah / awam )
  • Hajjah Aishah Azizi : 013-205 4071  (ahli kariah / awam )
  •        

    9
    Berapakah keseluruhan kos pengurusan jenazah Masjid UPM?

    Kos bagi pengurusan jenazah adalah:

  • RM 1,500.00 - RM 1,800.00 (warga asing)
  • Kos tersebut adalah termasuk , proses memandikan jenazah, kafan, solat, talkin, proses pengkebumian dan permit tanah perkuburan serta pengangkutan jenazah pergi dan balik. Namun pihak Pusat Islam UPM amatlah berharap agar semua staf UPM dapat mencarum menjadi ahli khairat kematian agar semua kos ditanggung oleh tabung tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian :
  • Tel : 03- 9769 8588/
  • Fax : 03-9769 3640 /
  • E-mail : piu_staf@upm.edu.my  
  •      

    10
    Bagaimanakah caranya Staf UPM ingin mencarum ke Tabung Khairat Kematian Staf UPM? Berapakah jumlah yuran dan manfaat caruman tersebut?

      Staf yang ingin membuat caruman ke tabung khairat kematian boleh mendaftar secara atas talian di laman sesawang berikut :

  • Pendaftaran ahli : https://pic.upm.edu.my/permohonan_online-2152
  • Tuntutan khairat kematian staf UPM : https://pic.upm.edu.my/permohonan_online-2152
  • Atau muat turun secara manual:
  • Borang pendaftaran ahli : https://pic.upm.edu.my/upload/dokumen/20200923110351borang_ahli_(khairat_kematian)_terkini.pdf
  • Borang tuntutan khairat kematian staf UPM :https://pic.upm.edu.my/upload/dokumen/92235_borang_tuntutan_bayaran_pengurusan_jenazah.pdf
  • MANFAAT TABUNG KHAIRAT  
  • Tabung Bantuan Pengurusan Jenazah Pegawai Islam UPM
  • Kadar bantuan pengurusan jenazah, manfaat kepada:  
  • Pegawai yang mencarum: RM 1,800.00
  • Suami/isteri pegawai : RM 1,200.00
  • Ibubapa pegawai : RM 800.00
  • Anak pegawai : RM 500.00
  •   Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian :  
  • Tel : 03- 9769 8588
  • fax : 03-9769 3640
  • e-mail : piu_staf@upm.edu.my  
  •  

    Kemaskini:: 14/09/2023 [asmunir]

    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    0397698588
    0397693640
    SXDTPAR~