Soalan
Terdapat sebahagian orang yang mendakwa bahawa tidak lama lagi Dajjal akan muncul dan ketika itu tidak terdapat apa-apa makanan. Mereka menyarankan orang ramai untuk membuat persediaan dengan menyimpan makanan secukupnya. Adakah hadis ini wujud dan apakah statusnya?
Ringkasan Jawapan
Hadis berkenaan ketiadaan makanan ketika munculnya Dajjal diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya daripada Abu Umamah. Riwayat Ibn Majah ini berstatus daif namun ia memiliki riwayat lain yang menjadi penguat sehingga hadis berkenaan suasana kelaparan yang berlaku ketika munculnya Dajjal ini berstatus hasan li ghairihi. Namun harus diingatkan bahawa hadis ini dengan jelas menyebut berkaitan makanan orang beriman ketika itu adalah zikir. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah berlakunya kiamat dan tanda-tanda kiamat.
Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan ketakutan dalam kalangan masyarakat. Umat Islam dianjurkan sentiasa membuat persiapan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan dalam hidup. Antara anjuran Nabi SAW untuk berhadapan dengan Dajjal ialah dengan membanyakkan membaca dan menghayati 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah al-Kahfi.
Huraian Jawapan
Hadis berkenaan ketiadaan makanan ketika munculnya Dajjal diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah dalam Sunannya daripada Abu Umamah:
ÙˆÙŽØ¥Ùنَّ قَبْلَ Ø®ÙرÙوج٠الدَّجَّال٠ثَلَاثَ سَنَوَات٠شÙدَاد٠يÙصÙيب٠النَّاسَ ÙÙيهَا جÙوعٌ شَدÙيدٌ يَأْمÙر٠اللَّه٠السَّمَاءَ ÙÙÙŠ السَّنَة٠الْأÙولَى أَنْ تَØْبÙسَ Ø«ÙÙ„ÙØ«ÙŽ مَطَرÙهَا وَيَأْمÙر٠الْأَرْضَ ÙَتَØْبÙس٠ثÙÙ„ÙØ«ÙŽ نَبَاتÙهَا Ø«Ùمَّ يَأْمÙر٠السَّمَاءَ ÙÙÙŠ الثَّانÙÙŠÙŽØ©Ù ÙَتَØْبÙس٠ثÙÙ„Ùثَيْ مَطَرÙهَا وَيَأْمÙر٠الْأَرْضَ ÙَتَØْبÙس٠ثÙÙ„Ùثَيْ نَبَاتÙهَا Ø«Ùمَّ يَأْمÙر٠اللَّه٠السَّمَاءَ ÙÙÙŠ السَّنَة٠الثَّالÙØ«ÙŽØ©Ù ÙَتَØْبÙس٠مَطَرَهَا ÙƒÙلَّه٠Ùَلَا تÙقْطÙر٠قَطْرَةً وَيَأْمÙر٠الْأَرْضَ ÙَتَØْبÙس٠نَبَاتَهَا ÙƒÙلَّه٠Ùَلَا تÙنْبÙت٠خَضْرَاءَ Ùَلَا تَبْقَى ذَات٠ظÙلْÙ٠إÙلَّا هَلَكَتْ Ø¥Ùلَّا مَا شَاءَ اللَّه٠قÙيلَ Ùَمَا ÙŠÙعÙيش٠النَّاس٠ÙÙÙŠ Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ الزَّمَان٠قَالَ التَّهْلÙيل٠وَالتَّكْبÙير٠وَالتَّسْبÙÙŠØ٠وَالتَّØْمÙيد٠وَيÙجْرَى Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ عَلَيْهÙمْ Ù…Ùجْرَى الطَّعَامÙ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajal terdapat 3 tahun yang sukar. Manusia akan ditimpa dengan kelaparan yang dahsyat. Allah memerintahkan langit pada tahun yang pertama untuk menahan 1/3 dari hujan dan Allah memerintahkan bumi untuk menahan 1/3 dari tumbuh-tumbuhan lalu Allah memerintahkan langit pada tahun yang kedua untuk menahan 2/3 dari air hujan dan menyuruh bumi untuk menahan 2/3 dari tumbuhan. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun yang ketiga untuk menahan kesemua air hujan sehingga tiada setitis air hujan dan menyuruh bumi untuk menahan keseluruhan tumbuhan maka tidak ada tumbuhan hijau yang tumbuh. Tidak adalah sesuatu yang memiliki kuku melainkan binasa kecuali mereka yang diinginkan oleh Allah. Lalu ditanya: “Bagaimanakah manusia akan hidup pada waktu itu?” Nabi bersabda: “Dengan tahlil, tasbih, tahmid dan kesemua itu akan menjadi seperti makanan buat mereka.”
(Riwayat Ibn Majah)
Ibn Majah kemudian meriwayatkan bahawa Abdul Rahman al-Muharibi berkata:
يَنْبَغÙÙŠ أَنْ ÙŠÙدْÙَعَ هَذَا الْØَدÙيث٠إÙÙ„ÙŽÙ‰ الْمÙؤَدّÙب٠Øَتَّى ÙŠÙعَلّÙمَه٠الصّÙبْيَانَ ÙÙÙŠ الْكÙتَّابÙ
Maksudnya: “Selayaknya hadis ini diberikan kepada para guru sehingga mereka boleh ajarkan kepada kanak-kanak di sekolah.”
Perkataan Abdul Rahman al-Muharibi ini menunjukkan kepentingan hadis ini dalam menyifatkan suasana huru hara hari kiamat.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Ali bin Muhammad daripada Abdul Rahman al-Muharibi daripada Ismail bin Rafi’ daripada Abu Zura’ah al-Saibani daripada Abu Umamah. Walau bagaimanapun riwayat Ibn Majah ini daif kerana perawi bernama Abu Zura’ah al-Saibani tidak pernah bertemu dengan Abu Umamah di samping perawi bernama Ismail bin Rafi’ merupakan perawi yang lemah[1]. Imam Ahmad menyatakan beliau sebagai lemah dalam hadis manakala Imam al-Nasai menyebutkan beliau sebagai matruk al-hadis(ditinggalkan hadisnya).
Dalam riwayat Ahmad pula disebutkan:
أَنَّ رَسÙولَ اللَّه٠صَلَّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ ذَكَرَ جَهْدًا ÙŠÙŽÙƒÙون٠بَيْنَ يَدَيْ الدَّجَّال٠ÙَقَالÙوا أَيّ٠الْمَال٠خَيْرٌ يَوْمَئÙذ٠قَالَ غÙلَامٌ شَدÙيدٌ يَسْقÙÙŠ أَهْلَه٠الْمَاءَ وَأَمَّا الطَّعَام٠Ùَلَيْسَ قَالÙوا Ùَمَا طَعَام٠الْمÙؤْمÙÙ†Ùينَ يَوْمَئÙذ٠قَالَ التَّسْبÙÙŠØ٠وَالتَّقْدÙيس٠وَالتَّØْمÙيد٠وَالتَّهْلÙيل٠قَالَتْ عَائÙØ´ÙŽØ©Ù Ùَأَيْنَ الْعَرَب٠يَوْمَئÙذ٠قَالَ الْعَرَب٠يَوْمَئÙØ°Ù Ù‚ÙŽÙ„Ùيلٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menceritakan berkenaan kesukaran yang berlaku ketika turunnya Dajjal lalu sahabat bertanya: “Apakah harta yang paling bernilai ketika itu?” Sabda Nabi: “kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan kesukaran memberikan keluarganya air, adapun makanan maka tidak ada makanan ketika itu.” sahabat bertanya lagi: “Apakah makanan bagi orang beriman ketika itu?” Sabda Nabi: “Tasbih, taqdis, tahmid dan tahlil.” Berkata Aisyah: “Dimanakah bangsa arab ketika itu?” Jawab Nabi: “Bangsa Arab ketika itu sedikit.”
(Riwayat Ahmad)
Selain itu, terdapat beberapa riwayat lain yang menyebutkan berkenaan suasana kelaparan yang berlaku ketika mana munculnya Dajal. Antara yang meriwayatkannya ialah: al-Hakim dalam al-Mustadrak[2] dan al-Tabrani dalam Mu’jamnya[3]. Kesemua riwayat ini menjadi penguat kepada riwayat Ibn Majah sehingga hadis berkenaan perkara ini dinilai sebagai hasan li ghairihi.
Dalam menerangkan makna hadis ini Imam al-Munawi berkata bahawa zikir-zikir tersebut akan menggantikan makanan bagi orang beriman sebagaimana pakaian yang melindungi seseorang dari kepanasan[4]. Harus diingatkan hadis ini dengan jelas menyebut bahawa ketika tiba saat itu tidak ada makanan bagi orang beriman melainkan zikir. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah berlakunya kiamat dan tanda-tandanya secara pasti. Menetapkan Kiamat dan tanda-tandanya pada waktu tertentu adalah menyalahi konsep dalam memahami hadis-hadis akhir zaman.
Imam al-Qurtubi dalam al-Tazkirah menyebutkan bahawa perkara yang perlu diingatkan ialah apa sahaja yang disampaikan oleh baginda Nabi SAW adalah benar. Namun menetapkan bilakah berlakunya kiamat memerlukan kepada riwayat yang sahih. Tidak ada yang mengetahui bilakah akan berlakunya kiamat. Riwayat hanya menyebut bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat namun tidak ada yang tahu Jumaat yang manakah akan berlakunya kiamat. Begitu juga dengan tanda-tanda kiamat, tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah tanda-tanda itu akan muncul[5].
Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan ketakutan kepada masyarakat awam. Orang beriman sentiasa disuruh untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku dalam hidup. Bilakah akan berlakunya tahun-tahun kelaparan tersebut hanya Allah yang Maha mengetahui. Apa yang pasti, pada saat itu tiba Nabi SAW memberitahu bahawa makanan orang beriman ketika itu adalah zikir. Nabi SAW mengajarkan kepada umat membuat persiapan untuk menghadapi Dajjal dengan cara menghafal dan menghayati 10 ayat awal daripada surah al-Kahfi. Sabda Nabi SAW:
مَنْ ØÙŽÙÙظَ عَشْرَ آيَات٠مÙنْ أَوَّل٠سÙورَة٠الْكَهْÙ٠عÙصÙÙ…ÙŽ Ù…ÙÙ†ÙŽ الدَّجَّالÙ
Maksudnya: “Siapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi maka dia akan dipelihara dari (fitnah) Dajjal.”
(Riwayat Muslim)
Imam al-Nawawi ketika menjelaskan hadis ini menyatakan bahawa dalam riwayat yang lain menyebut 10 ayat akhir dari surah al-Kahfi. Dikatakan bahawa sebab 10 ayat ini diberi keistimewaan oleh Allah SWT kerana padanya terdapat keajaiban dan tanda-tanda. Siapa yang menghayati 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al-Kahfi maka dia tidak akan tergugat dengan fitnah Dajjal[6].
[1] Rujuk pandangan Syeikh Syuib al-Arnaut dalam ta’liq Sunan Ibn Majah. Dimasyq: Dar al-Risalah al-Alamiyyah (2009), jld. 5, hlm. 201.
[2] Imam al-Hakim, Mustadrak ala Sahihain, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah (1990), jld. 4, hlm. 557.
[3] Imam al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Qahirah: Maktabah Ibn Taimiyah (1994), jld. 24, hlm. 157.
[4] Imam al-Munawi, Faidh al-Qodir, Mesir: al-Maktabah al-Tijariyyah (1356H), jld. 4, hlm. 351.
)طعام المؤمنين ÙÙŠ زمن الدجال) أي ÙÙŠ زمن ظهوره (طعام الملائكة Ø§Ù„ØªØ³Ø¨ÙŠØ ÙˆØ§Ù„ØªÙ‚Ø¯ÙŠØ³) خبر مبتدأ Ù…Øذو٠أو بدل مما قبله أي يقوم لهم مقام الطعام ÙÙŠ الغداء (Ùمن كان منطقه يومئذ Ø§Ù„ØªØ³Ø¨ÙŠØ ÙˆØ§Ù„ØªÙ‚Ø¯ÙŠØ³ أذهب الله عنه الجوع) أي والظمأ Ùكأنه اكتÙاء به من قبيل : سرابيل تقيكم الØر.
[5] Imam al-Qurtubi, Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah, Jeddah: Dar al-Minhaj (1425H), jld. 2, hlm. 294.
Ùˆ الذي ينبغي أن يقال به ÙÙŠ هذا الباب أن ما أخبر به النبي صلى الله عليه Ùˆ سلم من الÙتن Ùˆ الكوائن أن ذلك يكون Ùˆ تعيين الزمان ÙÙŠ ذلك من سنة كذا Ùˆ ÙŠØتاج إلى طريق صØÙŠØ ÙŠÙ‚Ø·Ø¹ العذر ØŒ Ùˆ إنما ذلك كوقت قيام الساعة Ùلا يعلم Ø£Øد أي سنة هي Ùˆ لا أي شهر إما أنها تكون ÙÙŠ يوم جمعة ÙÙŠ آخر ساعة منه Ùˆ هي الساعة التي خلق Ùيها آدم عليه السلام ØŒ Ùˆ لكن أي جمعة لا يعلم تعيين ذلك اليوم إلا الله ÙˆØده لا شريك له ØŒ Ùˆ كذلك ما يكون من الأشراط تعيين الزمان لها لا يعلم ØŒ Ùˆ الله أعلم .
[6] Imam al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, Beirut: Dar a-Ihya al-Turast al-Arabiy (1392H), jld. 6, hlm. 93.
ÙˆÙÙŠ رواية من آخر الكه٠قيل سبب ذلك ما ÙÙŠ أولها من العجائب والايات Ùمن تدبرها لم ÙŠÙتتن بالدجال وكذا ÙÙŠ آخرها
Date of Input: 15/06/2022 | Updated: 15/06/2022 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum