Perasan atau tidak, hakikatnya masyarakat kita kini telah terperangkap dalam fenomena suka berhutang yang kurang sihat, tetapi dianggap sebagai sihat oleh mereka. Amat pilu dan menyedihkan lagi, yang terlibat dalam fenomena ini juga adalah orang melayu yang Islam merupakan akidah dan pegangan mereka.
Mutakhir ini kita dapat melihat betapa masyarakat kita sangat ghairah berhutang dalam mendapatkan barang keperluan dan perkara yang mereka hajati.
Berhutang pada setengah orang telah menjadi satu budaya yang dianggap sihat khususnya dalam menunjukkan kemewahan dan bermegah-megah dengan harta dan barangan yang mereka miliki.
Musim perayaan, cuti persekolahan dan hujung tahun sebelum sesi persekolahan baru bermula, makin banyak hutang dibuat kerana mahu menampakkan kemewahan dengan mendapatkan semua yang baru, meskipun yang lama masih elok dan barangkali hanya baru dipakai sekali dua sahaja. Istilah biar papa asal bergaya nampaknya makin menular dalam masyarakat dewasa ini.
Perasan atau tidak, hakikatnya masyarakat kita kini telah terperangkap dalam fenomena suka berhutang yang kurang sihat, tetapi dianggap sebagai sihat oleh mereka.
Amat pilu dan menyedihkan lagi, yang terlibat dalam fenomena ini juga adalah orang melayu yang Islam merupakan akidah dan pegangan mereka.
Hari demi hari keadaan ini makin memilukan apabila aktiviti berhutang telah menjadi asas kepada kehidupan masyarakat dewasa ini.
Tidak dinafikan berhutang adalah diharuskan dalam Islam bagi mereka yang memerlukan dan berhajat kepadanya, namun dalam masa yang sama perlu juga kita tahu bahawa Islam sesekali tidak menggalakkan berhutang dijadikan sebagai cara untuk bermewah-mewah, bermegah-megah dan dibuat dengan berleluasa tanpa keperluan dan asas yang kukuh.
Lebih memilukan lagi terdapat sesetengah orang yang beranggapan hutang merupakan mekanisma, kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Kesannya makin ramai individu yang berkemampuan membuat pembelian dan transaksi secara tunai telah memilih untuk berhutang dalam mendapatkan apa yang mereka iginkan seperti membeli rumah, kereta, perabut dan sebagainya. Alasan mereka, jika perbelian dibuat secara tunai maka mereka akan rugi.
Statistik hutang dan muflis
Statisti hutang yang dilaporkan melalui dada-dada akhbar dari badan-badan yang berautoriti dalam negara, cukup menunjukkan kita betapa hutang sudah menjadi darah daging yang seakan tidak dapat dipisahkan dari masyarakat dewasa ini.
Kesannya banyak telah muflis disebabkan hutang. Suka saya petik beberapa keratan akhbar yang menjelaskan tentang fenomena yang kurang sihat ini:
Menurut Datuk Omar Osman Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada masa ini 80 peratus daripada penjawat awam mempunyai pelbagai jenis hutang, termasuk dari bank mahupun koperasi, dan ia dipercayai didorong oleh kebolehan mendapatkan pinjaman dengan mudah melalui status sebagai penjawat awam.
Semua ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa parahnya budaya berhutang dalam masyarakat dewasa ini, lebih-lebih lagi bagi penjawat awam yang lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman dari pelbagai institusi kewangan.
Hutang penyumbang bahana dunia dan akhirat
Semakin banyak transaksi berteraskan hutang bermakna makin berkembanglah amalan riba, pecah amanah, rasuah, penyeliwengan, penipuan, pemerasan dan ugutan, pembunuhan, makin kurang produktiviti kerja, keruntuhan rumah tangga meningkat dan sebagainya lagi.
Ini kerana penyakit suka berhutang merupakan antara faktor dan penyumbang kepada masalah tersebut.
Tamakkan harta dan cintakan dunia telah melupakan manusia pada akhirat. Kecintaan mereka pada dunia melupakan pada kesan buruk dari perbuatan tersebut.
Mereka lupa pada sabda Rasulullah SAW: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38).
Mereka lupa yang Rasulullah sentiasa mohon dilepaskan dari belenggu hutang.
Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214).
Tidak kurang banyak juga berlaku dewasa ini, individu yang suka berhutang atau meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Mereka ini lupa pada sabda nabi SAW “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83).
Budaya suka meminjam juga boleh menyebabkan seseorang individu menjadi muflis diakhirat nanti. Sekiranya mereka tidak dapat melunaskan hutang mereka didunia, mereka akan dituntut membayarnya di akhirat.
عَنْ أَبÙÙŠ Ù‡Ùرَيْرَةَ Ø£ÙŽÙ†ÙŽÙ‘ رَسÙولَ اللَّه٠صَلَّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرÙونَ مَا الْمÙÙْلÙس٠قَالÙوا الْمÙÙْلÙس٠ÙÙينَا مَنْ لَا دÙرْهَمَ لَه٠وَلَا مَتَاعَ Ùَقَالَ Ø¥ÙÙ†ÙŽÙ‘ الْمÙÙْلÙسَ Ù…Ùنْ Ø£ÙمَّتÙÙŠ يَأْتÙÙŠ يَوْمَ الْقÙيَامَة٠بÙصَلَاة٠وَصÙيَام٠وَزَكَاة٠وَيَأْتÙÙŠ قَدْ شَتَمَ هَذَا ÙˆÙŽÙ‚ÙŽØ°ÙŽÙÙŽ هَذَا ÙˆÙŽØ£ÙŽÙƒÙŽÙ„ÙŽ مَالَ هَذَا وَسَÙÙŽÙƒÙŽ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا ÙÙŽÙŠÙعْطَى هَذَا Ù…Ùنْ ØَسَنَاتÙه٠وَهَذَا Ù…Ùنْ ØَسَنَاتÙÙ‡Ù ÙÙŽØ¥Ùنْ ÙÙŽÙ†Ùيَتْ ØَسَنَاتÙه٠قَبْلَ أَنْ ÙŠÙقْضَى مَا عَلَيْه٠أÙØ®ÙØ°ÙŽ Ù…Ùنْ خَطَايَاهÙمْ ÙÙŽØ·ÙرÙØَتْ عَلَيْه٠ثÙÙ…ÙŽÙ‘ Ø·ÙرÙØÙŽ ÙÙÙŠ النَّارÙ.
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW, bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi SAW., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.
Kesimpulan
Islam mengharuskan pinjaman dan berhutang bagi mereka yang memerlukannya. Namun demikian, ia tidak boleh dijadikan sebagai cara dan wasilah untuk bermewah dan bermegah-megah atau dibuat dengan berleluasa tanpa keperluan dan asas yang kukuh.
Cintakan dunia, tamak, riya’, takabbur, hasad, suka menunjuk-nunjuk dan tidak bersyukur dengan apa yang ada antara faktor penyumbang kepada tabiat suka berhutang yang membawa kepada kesengsaraan di dunia dan akhirat. Bagi mengatasi sikap suka berhutang, faktor-faktor yang menjurus kepadanya hendaklah diatasi dan diperangi dengan gigih dan tabah.
Seorang yang soleh merumuskan cara menewaskan musuh ketatnya sama ada hasutan syaitan atau mengikut hawa nafsu. Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia. Ternyata ia masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu iaitu:
Tarikh Input: 14/12/2023 | Kemaskini: 14/12/2023 | asmunir
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum