DOA UNTUK PALESTIN | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» ARTIKEL » DOA UNTUK PALESTIN

DOA UNTUK PALESTIN

Mukadimah

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami dikejutkan dengan berita yang amat tragis atas serangan ganas daripada rejim zionis Israel terhadap bumi Palestin, setepatnya di Gaza yang mengorbankan ribuan nyawa penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita

Saat umat Islam masih menyambut Maulidur Rasul pada bulan kelahiran baginda RabiulAwwal dan menzahirkan perpaduan serta cinta kepada Rasul SAW, tiba-tiba saudara seagama kita telah bermandikan darah atas serangan tanpa undang-undang yang begitu mudah dilancarkan. Ini jelas memberi petanda betapa angkuh dan biadabnya rejim Israel di mana telah hilang dari kamus kehidupan mereka perasaan sifat manusiawi, dan yang tinggal hanyalah sifat kebinatangan.

Justeru, telah banyak solidariti dari pelbagai negara dan seruan untuk rejim Israel menghentikan keganasan dengan membunuh rakyat-rakyat palestin yang tidak berdosa. Keganasan yang di buat rejim Israel atas alasan mencari pejuang Hamas, sedangkan mangsa kepada pembunuhan beramai-ramai ini adalah rakyat Palestin sendiri. Telah banyak penipuan yang dilakukan oleh rejim Israel semenjak ribuan tahun lamanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu buat seperti kaum Yahudi iaitu kamu menghalalkan perkara yang haram dengan tipu helah" (Riwayat al-Tirmizi).

Marilah sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Tuhan serta diseru kepada khatib-khatib setiap Jumaat untuk mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dan buminya dari cengkaman kuku besi Israel.

Kami menutup dengan doa:

اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، اللّهُمّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُم، اللّهُمَّ قَوِّي عَزَائِمَهُمْ، اللَّهُمَّ صَبِّرْهُم عَلَى مُصِيْبَتِهِم، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 06/11/2023 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdJAE~