IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-782: IBU BAPA BERSIFAT PILIH KASIH TERHADAP ANAK-ANAK | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» ARTIKEL » IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-782: IBU BAPA BERSIFAT PILIH KASIH TERHADAP ANAK-ANAK

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-782: IBU BAPA BERSIFAT PILIH KASIH TERHADAP ANAK-ANAK

 Soalan

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada satu persoalan, apakah pandangan SS Datuk Mufti berkenaan  sikap ibu bapa yang bersifat pilih kasih terhadap anak-anak sehingga menyebabkan ada di antara anak-anaknya yang lain berasa kecil hati.

Ringkasan Jawapan

Sifat pilih kasih ibu bapa kepada anak-anak merupakan perkara yang dibenci dalam agama kerana perbuatan tersebut hanya akan mengundang kebencian sesama keluarga terutamanya dalam kalangan adik beradik. Setiap anak mempunyai hak masing-masing dan mereka berhak mendapatkannya daripada ibu bapa.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Anak-anak merupakan pemberian hadiah dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Keharusan untuk memenuhi hak anak-anak pada perkara-perkara yang telah disyariatkan merupakan satu keperluan yang perlu dipenuhi mengikut kadar kemampuan ibu bapa. Agama islam memandang bahawa semua manusia di sisi tuhannya adalah sama darjatnya bahkan yang membezakannya adalah nilai ketaqwaan dan keimanan. Oleh itu, begitu juga prinsipnya dalam hal kehidupan berkeluarga iaitu ibu bapa dilarang untuk membeza-bezakan setiap anak tidak kira sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Keadilan dan kesamarataan adalah suatu perkara yang dititik beratkan dalam islam bagi memastikan kesejahteraan dalam keluarga.

Ada dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW bahawa terdapat satu bab khusus berkaitan pemberian hadiah oleh ibu bapa kepada anak-anak. Secara umumnya, ibu bapa diharuskan memberi hadiah atau sedekah kepada anak-anak selama mana pemberian itu diberikan secara adil dan sama rata antara setiap seorang anak. Namun, timbul permasalahan hukum apabila ibu bapa memberi hadiah pada sebahagian anak sahaja sehingga ia membiarkan sebahagian yang lain[1].

Larangan ini jelas dapat dilihat dalam  hadis riwayat Amir bahawa beliau  berkata[2]:

سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ:أَعْطَانِي أَبِي عَطِيَّةً، ÙÙŽÙ‚َالَتْ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ: Ù„َا أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ÙÙŽØ£ÙŽØªÙŽÙ‰ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: Ø¥ÙÙ†Ù‘ِي أَعْطَيْتُ ابْنِي مِنْ عَمْرَةَ بِنْتِ رَوَاحَةَ عَطِيَّةً، فَأَمَرَتْنِي أَنْ أُشْهِدَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قال: أَعْطَيْتَ سَائِرَ وَلَدِكَ مِثْلَ هَذَا. Ù‚َالَ: Ù„َا، Ù‚َالَ: فَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلَادِكُمْ. قَالَ: ÙØ±Ø¬Ø¹ فرد عطيته

Maksudnya: “Aku mendengar Nu'man bin Basyir ketika berada di mimbar berkata: "Ayahku memberi aku hadiah tetapi Amrah binti Rawahah (ibuku) mengatakan bahawa dia tidak akan meredhainya melainkan dia menjadikan Rasulullah SAW sebagai saksi kepadanya. Kemudian, ayahku datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Aku telah memberikan hadiah kepada anakku daripada Amrah binti Rawahah tetapi dia memerintahkan aku untuk menjadikan kamu sebagai saksi. Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu telah memberikan hadiah seumpama ini kepada semua anak-anakmu?” Beliau menjawab: “Tidak”. Baginda bersabda: “Bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan berlaku adil lah kepada anak-anakmu”. Ayahku kemudiannya pulang dan mengambil semula hadiahnya.”

(Riwayat Bukhari)

Dalam satu riwayat yang lain bahawa Nabi SAW menolak permintaan bapa Nu’man bin Basyir untuk dijadikan saksi[3]:

 Ù‚َالَ (فَأَشْهِدْ عَلَى هَذَا غَيْرِي) ثُمَّ قَالَ (أَيَسُرُّكَ أَنْ يَكُونُوا إِلَيْكَ فِي الْبِرِّ سَوَاءً‏).‏ قَالَ بَلَى.‏ (قَالَ لاَ إِذًا).

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersabda: Panggillah orang lain untuk menjadi saksi selain aku, adakah kamu suka jika semua anak-anakmu bersamaan berbuat baik kepadamu? Beliau berkata: Ya. Nabi Berkata: Janganlah berbuat demikian (iaitu jangan memberikan hadiah kepada seseorang dengan mengecualikan yang lain).”

(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, imam al-Nawawi menjelaskan bahawa setiap ibu bapa perlu berlaku adil kepada anak-anaknya dalam hal pemberian hadiah dan tidak melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Sekiranya ibu bapa tidak bersikap sama rata, maka hukum perbuatan itu adalah makruh meskipun hadiah yang diberikan adalah sah menurut syarak[4]. Ini merupakan pandangan yang dipegang oleh imam al-Syafi’i, imam Malik dan sebahagian ulama fiqh[5]. Sheikh Zakaria al-Ansari menyatakan dalil yang menunjukkan bahawa pemberian hadiah itu adalah sah merujuk kepada sabda Nabi SAW yang mengarahkan bapa Nu’man bin Basyir untuk mencari orang lain untuk dijadikan saksi selain baginda[6].

Meskipun begitu, perlu difahami bahawa konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam adalah tindakan meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempat, waktu dan kadarnya, tanpa dilebihkan atau dikurangkan juga tidak diawalkan atau dilewatkan[7]. Justeru, hadiah kepada anak-anak juga tidak disyaratkan untuk sama akan pemberiannya malah mungkin ia berbeza dari sudut umur dan jantina. Hadiah untuk anak yang lebih berusia tidak sama dengan hadiah untuk anak yang masih kecil. Begitu juga dengan hadiah kepada anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki.

Selain itu, salah satu di antara hak anak-anak yang dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa adalah hak untuk mendapatkan kasih sayang, belas kasihan dan sifat keihsanan. Perasaan ini dapat ditonjolkan melalui tindakan ibu bapa seperti bercakap dengan kata-kata yang baik, menunjukkan sifat kelembutan dan kebaikan serta memberikan kegembiraan kepada mereka[8].

Justeru, tuntutan agama untuk berlaku adil kepada anak-anak tidaklah semata-mata terhad kepada pemberian sesuatu yang bersifat material atau kebendaan bahkan ia lebih meluas daripada itu dengan mengambil kira sudut emosi anak-anak dan hak mereka untuk mendapatkan kasih sayang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA[9]:

أن رجلًا كان جالسًا مع النبي  صلى الله عليه وسلم قال: ÙØ¬Ø§Ø¡ بني له فأخذه فقبّله وأجلسه في حجره، ثم جاءت ابنة له، فأخذها فأجلسها إلى جنبه فقال النبي صلى الله عليه وسلم: فما عدلت بينهما.

Maksudnya: “Seorang lelaki sedang duduk Bersama Nabi SAW dan dia berkata: Lalu seorang anak lelakinya datang kepadanya lalu dia mengambilnya, menciumnya dan meletakkannya di pangkuan. Kemudian seorang anak perempuannya pula datang kepadanya lalu dia mengambilnya dan meletakkannya di atas pangkuan. Nabi SAW bersabda: Mengapa kamu tidak memperlakukan kedua-duanya secara adil?”.

(Riwayat al-Baihaqi)

Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah berlaku adil kepada setiap anak-anak mengikut kadar kemampuan tanpa perlu membeza-bezakan setiap seorang daripada mereka. Setiap anak berhak mendapatkan hak-haknya yang wajib dipenuhi oleh ibu bapa seperti mana setiap ibu bapa mempunyai hak yang wajib dilunaskan oleh anak-anaknya. Sekiranya kesempurnaan pada anak-anak menjadi kayu ukur kepada nilai keadilan dan kasih sayang nescaya perbuatan tersebut hanya akan menyebabkan kebencian dan perbalahan di antara keluarga dan adik beradik. Berkata sebahagian ahli ilmu bahawa pada hari kiamat kelak Allah SWT akan mempersoalkan ibu bapa tentang apa yang diperlakukan kepada anak-anaknya di dunia.

Wallahu A'lam

 

Rujukan: 

[1] Zakaria al-Ansari, Zakaria bin Muhammad bin Ahmad. Minhatul Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. (Riyadh; Maktabah al-Rusyd li al-Nasyr wa al-Tauzi’, 2005). Jld 5. Hlm 368.

بَابُ الهِبَةِ لِلْوَلَدِ : وَإِذَا أَعْطَى بَعْضَ وَلَدِهِ شَيْئًا لَمْ يَجُزْ، حَتَّى يَعْدِلَ بَيْنَهُمْ وَيُعْطِيَ الآخَرِينَ مِثْلَهُ، وَلَا يُشْهَدُ عَلَيْهِ. ÙˆÙŽÙ‚َال النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "اعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلادِكُمْ فِي العَطِيَّةِ"

باب الهبة للولد) Ø£ÙŠ: بيان جوازها له من والده. (بينهم) Ø¬Ù…ع الضمير باعتبار معنى البعض .(ويعطي الآخرين)بالبناء للفاعل والجمع، ÙˆÙÙŠ نسخة: (ويعطى الآخر) Ø¨Ø§Ù„بناء للمفعول والإفراد. (مثله) Ø£ÙŠ: مثل الشيء المعطى. (ولا يشهد عليه) Ø¨Ø§Ù„بناء للمفعول، Ø£ÙŠ: ÙˆÙ„ا يسوغ الإشهاد على الوالد إذا فضل بعض بنيه على بعض. (في العطية) Ø£ÙŠ: من هبة، أو هدية، أو صدقة.

[2] Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari. (Damsyiq: Dar Ibnu Kathir, 1993). Jld 2. Hlm 914. No hadis 914.

سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ:أَعْطَانِي أَبِي عَطِيَّةً، ÙÙŽÙ‚َالَتْ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ: Ù„َا أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ÙÙŽØ£ÙŽØªÙŽÙ‰ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: Ø¥ÙÙ†Ù‘ِي أَعْطَيْتُ ابْنِي مِنْ عَمْرَةَ بِنْتِ رَوَاحَةَ عَطِيَّةً، فَأَمَرَتْنِي أَنْ أُشْهِدَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ

[3] Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi. Sahih Muslim. Ed: Muhammad Fuad Abd Baqi. (Beirut: Dar Ihya’ Turath, 1900). Jld 3. Hlm 243. No Hadis 1623.

[4] Al-Nawawi, Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf. Raudhah al-Tolibin wa Umdah al-Muftin. (Beirut: al-Maktab al-Islami, 1991). Jld 5. Hlm 378.

يَنْبَغِي لِلْوَالِدِ أَنْ يَعْدِلَ بَيْنَ أَوْلَادِهِ فِي الْعَطِيَّةِ، فَإِنْ لَمْ يَعْدِلْ، فَقَدْ فَعَلَ مَكْرُوهًا، لَكِنْ تَصِحُّ الْهِبَةُ

[5] Al-Badhawi, al-Qadhi Nasirudin Abdullah bin Umar. Tuhfah al-Abrar Syarh Masabih al-Sunnah. Ed: Lajnah Mukhtassah bi Isyraf Nur al-Din Talib. (Kuwait: Wizarah al-Auqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah, 2012). Jld 2. Hlm 810.

وذهب الأكثرون: Ø¥Ù„Ù‰ أنه مستحب, والتفضيل مكروه من حيث إنه ترك للأولى, لكنه لو فعل نفذ, وهو قول مالك والشافعي وأصحاب الرأي.

[6] Ibid. al-Baidhawi. Jld 2. Hlm 309.

وما صح في بعض الروايات أنه قال: " ÙØ£Ø´Ù‡Ø¯ على هذا غيري " فإنه لو كان باطلا لما جاز إشهاد الغير عليه, فلم يأمر به

[7] Al-Jahiz, Abi Uthman Amru bin Bahr. Tahzib al-Akhlaq. (t.tp: Dar al-Sahabah li al-Turath, 1989). Hlm 28.

استعمال الأمور في مواضعها، وأوقاتها، ووجوهها، ومقاديرها، من غير سرف، ولا تقصير، ولا تقديم، ولا تأخير

[8] Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti. Durus li Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti. Jld 13. Hlm 9.

بذل الحنان والمودة لهم: ألا وإن من حقوقهم في التربية: Ø¨Ø°Ù„ الحنان، والمودة، ÙˆØ§Ù„إحسان:- فـ )إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ .(أحسني -أيتها الأم- إلى ذلك الصبي، وأنعمي عينَه بكلمة طيبة، وحنانٍ وبِر، وأدخلي السرور عليه، فمن سرَّه سرَّه الله يوم المساءة، فأنعمي عينه بالإحسان لا بالإساءة

[9] Abu Bakar Ahmad bin al-Husin al-Baihaqi. Sya’ab al-Iman. Ed: Abu Hajar Muhammad al-Said. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2000). Jld 6. Hlm 410. No hadis 8700.

Tarikh Input: 04/08/2023 | Kemaskini: 04/08/2023 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdDAg~