SOALAN
Assalamualaikum, Datuk Mufti, saya ada persoalan yang ingin diajukan kepada pihak Datuk mengenai solat sunat witir. Adakah kita dibenarkan menyambung solat witir dengan melakukannya dengan bilangan genap seperti dua rakaat pada awal malam kemudian menyambungnya dengan menambah bilangan agar menjadi bilangan yang ganjil pada akhir malam (ketika qiamullail)?
Sekian terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat sunat witir. Perlaksanaannya boleh dilakukan mengikut kemampuan sama ada sebanyak satu atau tiga rakaat dan seterusnya. Namun, terdapat larangan menghimpunkan dua witir pada satu malam berdasarkan hadis yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian para sahabat Nabi yang mengulangi solat witir kali kedua dengan cara menggenapkan witir yang pertama dengan satu rakaat, kemudian solat tahajud, kemudian melaksanakan solat witir pada akhir solatnya. Oleh yang demikian, kita boleh memilih sama ada melaksanakan solat witir sekali pada awal waktu atau mengulanginya sewaktu qiamullail berpandukan amalan sebahagian sahabat Nabi SAW.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Solat witir merupakan amalan ibadah yang sering dilakukan oleh umat Islam terutamanya apabila bulan Ramadan menjelang tiba. Solat witir juga merupakan ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam. Perkara dapat dilihat berdasarkan beberapa riwayat yang berkaitan tentang galakan melakukan solat witir ini. Terdapat beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:
أَوْصَانÙÙŠ خَلÙيلÙÙŠ صَلَّى الله٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ بÙثَلاَثÙ: صÙيَام٠ثَلاَثَة٠أَيَّام٠مÙنْ ÙƒÙلّ٠شَهْرÙØŒ وَرَكْعَتَي٠الضّÙØَى، وَأَنْ Ø£ÙوتÙرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.
Riwayat Al-Bukhari (1981)
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
اجْعَلÙوا آخÙرَ صَلاَتÙÙƒÙمْ بÙاللَّيْل٠وÙترًا
Maksudnya: Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.
Riwayat Al-Bukhari (998)
Namun begitu, seseorang itu tidak dibolehkan melakukan witir sebanyak dua kali pada satu malam. Hal ini kerana terdapat larangan untuk melakukan witir sebanyak dua kali berdasarkan hadis Talq bin Ali, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
لَا ÙˆÙتْرَان٠ÙÙÙŠ لَيْلَةÙ
Maksudnya: Tiada dua witir dalam satu malam.
Riwayat Abu Daud (1439)
Hal ini turut dinyatakan oleh Imam al-Ramli:
(ÙÙŽØ¥Ùنْ أَوْتَرَ Ø«Ùمَّ تَهَجَّدَ أَوْ عَكَسَ) أَوْ لَمْ يَتَهَجَّدْ أَصْلًا (لَمْ ÙŠÙعÙدْهÙ) أَيْ لَا تÙطْلَب٠إعَادَتÙÙ‡ÙØŒ ÙÙŽØ¥Ùنْ أَعَادَه٠بÙÙ†Ùيَّة٠الْوÙتْر٠عَامÙدًا عَالÙمًا ØَرÙÙ…ÙŽ عَلَيْه٠ذَلÙÙƒÙŽØŒ وَلَمْ يَنْعَقÙدْ كَمَا Ø£ÙŽÙْتَى بÙه٠الْوَالÙد٠- رَØÙمَه٠اللَّه٠تَعَالَى - Ù„Ùخَبَر٠«Ù„َا ÙˆÙتْرَان٠ÙÙÙŠ لَيْلَةٻ ÙˆÙŽÙ‡ÙÙˆÙŽ خَبَرٌ بÙمَعْنَى النَّهْيÙ
Maksudnya: Sekiranya seseorang itu menunaikan witir kemudian tahajud atau sebaliknya atau tidak melakukan tahajud langsung, maka tidak boleh mengulangi (witir) iaitu dia tidak dituntut untuk mengulanginya. Sekiranya dia mengulanginya dengan niat witir secara sengaja dan mengetahui (larangan mengulangi witir), maka hukumnya haram dan tidak sah sepertimana yang difatwakan oleh ayahanda(bapa al-Ramli) berdasarkan hadis “Tiada dua witir pada satu malam” yang memberi makna larangan.
(Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 2/115)
Walau bagaimana pun, terdapat amalan para sahabat seperti Ibnu Umar yang mengulangi witir kali kedua dengan menggenapkan witir yang pertama dengan satu rakaat, kemudian melaksanakan solat tahajud. Setelah itu, melaksanakan witir kali kedua pada akhir solatnya. Amalan ini dinamakan sebagai pembatalan witir yang pertama.
(Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/454)
KESIMPULAN
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat sunat witir. Perlaksanaannya boleh dilakukan mengikut kemampuan sama ada sebanyak satu atau tiga rakaat dan seterusnya. Namun, terdapat larangan menghimpunkan dua witir pada satu malam berdasarkan hadis yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian para sahabat Nabi yang mengulangi solat witir kali kedua dengan cara menggenapkan witir yang pertama dengan satu rakaat, kemudian solat tahajud, kemudian melaksanakan solat witir pada akhir solatnya. Oleh yang demikian, kita boleh memilih sama ada melaksanakan solat witir sekali pada awal waktu atau mengulanginya sewaktu qiamullail berpandukan amalan sebahagian sahabat Nabi SAW.
Wallahu a'lam
Rujukan:
Al-Ramli, Shamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad bin Hamzah Shihabuddin, (1985). Nihayah al-Muhtaj, Beirut: Dar al-Fikr, Jld: 2, Hlmn: 115.
(ÙˆÙŽÙ‚Ùيلَ يَشْÙَعÙه٠بÙرَكْعَةÙ) أَيْ ÙŠÙصَلّÙÙŠ رَكْعَةً Øَتَّى يَصÙيرَ ÙˆÙتْرÙÙ‡Ù Ø´ÙŽÙْعًا Ø«Ùمَّ يَتَهَجَّدَ مَا شَاءَ (Ø«Ùمَّ ÙŠÙعÙيدÙÙ‡Ù) كَمَا Ùَعَلَ Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ ابْن٠عÙمَرَ وَغَيْرÙÙ‡Ù Ù„Ùيَقَعَ الْوÙتْر٠آخÙرَ صَلَاتÙÙ‡ÙØŒ ÙˆÙŽÙŠÙسَمَّى هَذَا نَقْضَ الْوÙتْرÙ
Al-Syarbini, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib, (1994). Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyah. Jld: 1, Hlmn: 454.
Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | asmunir
PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum