Kelebihan Dan Keistimewaan 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» ARTIKEL » Kelebihan dan keistimewaan 10 hari terawal bulan Zulhijjah

Kelebihan dan keistimewaan 10 hari terawal bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah dikenal sebagai bulan ditunaikannya ibadah haji yang juga termasuk salah satu rukun Islam.Terdapat pelbagai kelebihan bulan Zulhijjah kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini.

Sabda Rasulullah SAW,
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih Allah cintai daripada (amalan yang dilakukan) pada hari-hari ini, yakni 10 hari yang awal bulan Zulhijjah”

Antara keistimewaan dan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah,

1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad

Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?

Sabda Rasulullah:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi” (HR al-Bukhari)

Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun

10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.

Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ

“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.

Kata beliau:

أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة

Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

3. Hari Yang Dicintai Allah

Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga kita semua dapat memanfaatkan kebaikan dan kelebihan hari-hari di 10 hari terawal bulan Zulhijjah dengan pelbagai amalan sunnat bagi memperoleh keredhaan Allah SWT, InshaAllah.

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdKAD~